Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki maut ditikam bakal adik ipar

Mangsa, suspek bertengkar mengenai status suspek yang sudah beristeri

-

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berumur 34 tahun ditemui mati oleh orang ramai bersama enam tikaman di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu ( MAIDAM) di sini pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata siasatan awal mendapati mangsa Mohd Sukri Hussin ditikam oleh suspek yang juga bakal adik iparnya menggunaka­n pisau dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.

“Kita mendapat maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada jam 11.36 pagi.

Melalui siasatan awal, suspek yang berumur 29 tahun hadir ke pejabat MAIDAM bersama keluargany­a untuk menyemak status perkahwina­nnya yang berasal dari Kuala Terengganu.

“Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimanap­un suspek mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkar­an dan pergelutan antara suspek dan mangsa yang merupakan abang kepada bakal isteri suspek,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Wan Abdul Aziz berkata dalam pertengkar­an itu suspek dipercayai mengeluark­an pisau sepanjang enam inci lalu menikam sebanyak enam kali terhadap mangsa yang dua

Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimanap­un suspek mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkar­an dan pergelutan antara suspek dan mangsa yang merupakan abang kepada bakal isteri suspek. Wan Abdul Aziz Wan Hamzah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu

darinya di leher dan dada kiri sehingga membawa kematian kepada mangsa.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan seorang rakannya. Suspek turut mengacu kepada pengawal keselamata­n yang menjaga pagar utama pejabat MAIDAM dengan menggunaka­n pisau yang sama.

“Polis kini sedang melancarka­n gerakan memburu suspek dan rakannya dengan melakukan Ops Tutup dan kita percaya suspek dan rakan subahatnya masih berada dalam negeri ini,” katanya.

Katanya pihaknya turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek dan rakan-rakannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu pengawal keselamata­n tersebut Mohd Suffian Yusof, 23, berkata dia sedang menutup palang pagar utama apabila suspek tiba-tiba datang sambil mengacukan pisau dan berkata: “Saya tak nak kacau orang.

“Suspek kemudian membuka sendiri palang dan terus memecut keretanya.

Saya sebelum itu tidak tahu telah berlaku kes bunuh. Saya ingatkan ada kes curi kereta,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBUNUH: Unit Forensik mengangkat mayat mangsa bunuh di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) di Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama DIBUNUH: Unit Forensik mengangkat mayat mangsa bunuh di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) di Kuala Terengganu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MANGSA: Noriah menunjukka­n gambar suaminya Allahyarha­m Mohd. Shukri ketika ditemu ramah pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli di Tumpat, semalam.
— Gambar Bernama MANGSA: Noriah menunjukka­n gambar suaminya Allahyarha­m Mohd. Shukri ketika ditemu ramah pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli di Tumpat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia