Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian pegawai kastam, ‘Mat Yeh’ dicari

-

PEKAN: Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis semalam bagi membantah perhimpuna­n BERSIH 5.0 yang dijangka diadakan di sini pada 23 Okt ini.

Ketua Pemuda UMNO Pekan Shahruddin Ahmad berkata laporan dibuat kerana himpunan itu dilihat hanya membawa kepada kemusnahan terutama terhadap perpaduan dalam kalangan masyarakat di parlimen Pekan sendiri.

“Kita percaya perhimpuna­n BERSIH 5.0 akan menyebabka­n huru- hara, mendatangk­an perpecahan dan mencabar sokongan jitu masyarakat di sini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Selain itu, sudah terbukti sebelum ini ia lebih banyak mengakibat­kan kerosakan seperti mengotorka­n kawasan, vandalisme dan menjurus kepada penglibata­n gengsteris­me.

“Jika mereka masih berdegil untuk meneruskan­nya kemungkina­n pertembung­an antara kumpulan baju kuning dan baju merah akan berlaku dan ini akan menimbulka­n kekecohan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta polis mengambil tindakan tegas bagi meng- halang himpunan tersebut untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Shahruddin berkata perhimpuna­n BERSIH 5.0 itu juga akan mencemarka­n imej Pekan sebagai bandar Diraja apa lagi bulan ini akan diadakan sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

“S e m p e n a b u l a n memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, sudah tentu banyak program rasmi kerajaan negeri diadakan di Istana Sultan Abu Bakar yang akan dihadiri tetamu penting.

“Justeru, adalah tidak wajar mereka merosakkan sambutan tersebut dan memalukan Tuanku Sultan dan kerajaan Pahang dengan menganjurk­an perhimpuna­nseperti ini,” katanya. — Berrnama KOTA BHARU: Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Mat Yeh’ sedang dicari bagi membantu siasatan kes kematian seorang pegawai kastam yang dirempuh di Pasir Mas pada 7 Okt lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata Mat Yeh atau nama sebenarnya Mohd Nawawi Husin, 34, beralamat di Kampung Bukit Lata, Pasir Mas.

“Namun siasatan yang dilakukan di alamat itu mendapati rumah berkenaan tidak berpenghun­i,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.

Pegawai wanita berkenaan Anisah Ali, 54, meninggal dunia pada 8 Okt lalu selepas beliau koma apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh kenderaan tonto sehari sebelum itu di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas.

Kejadian berlaku ketika beliau bersama dua rakannya sedang mengekori sebuah kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTAH: Seramai 50 peserta mewakili Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman selepas membuat laporan polis bagi membantah perhimpuna­n BERSIH 5.0 di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, semalam.
— Gambar Bernama BANTAH: Seramai 50 peserta mewakili Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman selepas membuat laporan polis bagi membantah perhimpuna­n BERSIH 5.0 di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia