Utusan Borneo (Sarawak)

Polis minta jangan lindungi suspek bunuh bakal abang ipar

-

KUALA TERENGGANU: Pihak polis meminta orang ramai agar tidak melindungi suspek yang sedang diburu berhubung kes pembunuhan seorang kakitangan Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu ( MAIDAM) di sini pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata tindakan undang- undang akan dikenakan terhadap individu yang berbuat demikian.

Beliau berkata gerakan memburu suspek iaitu Mohd Hafiz Mohamad, 29, dari Manir sedng dilakukan.

Suspek dipercayai menikam Mohd Shukri Husin, 34, sebanyak enam kali sehingga maut.

Kejadian bermula apabila mangsa dari Kelantan datang bersama keluargany­a ke pejabat MAIDAM bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.

Apabila tembelang sebenar suspek diketahui, berlaku pertengkar­an dan pergaduhan antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.

Wan Abd Aziz berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaa­n di be- berapa lokasi yang sering dikunjungi mangsa termasuk di rumah anggota keluargany­a.

Beliau berkata Ops Tutup turut dilancarka­n bagi mengesan suspek dan seorang lagi rakannya.

Suspek dipercayai telah bersedia dengan pisau yang dibalut dengan kertas surat khabar dan disimpan di dalam poketnya, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUNUH: Mohd Hafiz dikehendak­i polis berkaitan kes bunuh seorang kakitangan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ( MAIDAM), Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama BUNUH: Mohd Hafiz dikehendak­i polis berkaitan kes bunuh seorang kakitangan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ( MAIDAM), Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia