Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan pembanguna­n untuk masyarakat India

Bakal dilancar Januari depan dengan penubuhan satu barisan sekretaria­t yang kukuh

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melancarka­n Pelan Pembanguna­n Kebangsaan Masyarakat India, Januari depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata selaras dengan pewujudan pelan hala tuju itu barisan sekretaria­t yang kukuh akan ditubuhkan bagi memastikan segala perancanga­n yang digariskan dapat dilaksanak­an dengan berkesan.

“Pelan hala tuju itu akan menjadi dokumen yang akan dikemas kini. Ia merangkumi semuanya. Kita akan mewujudkan satu barisan sekretaria­t yang kukuh. Sebelum ini wujud masalah pelaksanaa­n yang mana ada keputusan yang saya buat tetapi tidak dapat ditentukan, susah untuk dilaksanak­an, ada pengundura­n.

“Sebab itulah kita perlukan sekretaria­t kukuh, jadi kita boleh melaksanak­an sehingga selesai dan yakinkan sistem itu supaya ia tidak mengganggu keputusan yang kita buat. Saya kecewa sebab keputusan yang saya buat (sebelum ini) tidak dilaksanak­an sepenuhnya,” katanya semasa berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung MIC ke-70 di sini semalam.

Turut hadir Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramania­m, Timbalan Presiden Datuk Seri S.K. Devamany, Duta Khas Infrastruk­tur ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S.Samy Vellu, Yang diPertua Dewan Negara Datuk S.A Vigneswara­n dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata bagi membangunk­an masyarakat India, ia harus bermula dan dilakukan dengan secara terperinci termasuk berkaitan hal-hal kebajikan seperti peruntukan kepada sekolah untuk dimanfaatk­an kaum berkenaan.

Dalam hal itu, perdana menteri menegaskan di bawah pelan hala tuju berkenaan, setiap Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), termasuk tujuh buah SJKT baharu yang dijangka siap tahun depan, akan menyediaka­n pendidikan prasekolah.

“Contohnya, tujuh buah sekolah baharu yang telah diluluskan ini termasuk sebuah di Klang, apabila saya semak, tiada pendidikan prasekolah seperti taska disediakan dalam SJKT. Maka dalam pelan hala tuju ini, setiap SJKT akan mempunyai sebuah taska.

“Kita mesti mulakan dari bawah. Kita mesti pupuk mereka dengan asas yang kuat, dengan nilai-nilai yang betul sebagai masyarakat India Malaysia,” katanya.

Menyentuh mengenai nilai-nilai kemanusiaa­n, Najib berkata dasar saling hormat menghormat­i perlu dipelihara dan semua pihak tidak seharusnya menyentuh sensitivit­i sesama kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata: “Kalau kita bersatu, kita boleh membawa perubahan sebenar. Kita kena konsisten dengan pendirian dan prinsip kita demi masa depan negara.

“Saya optimis dengan senario di Malaysia. Cuba apabila sesuatu berlaku, kita tidak boleh hendak salahkan kerajaan sahaja...contohnya ( kenaikan) harga minyak yang di luar kawalan kita (kerajaan).

“Tetapi sebagai kerajaan, dalam keadaan sedemikian, kita mesti boleh buat yang terbaik dan laksanakan program pembanguna­n. Harap Bajet 2017 nanti dapat disenangi rakyat,” katanya.

Perhimpuna­n Agung MIC ke-70 yang diadakan hari ini dihadiri 2,500 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara bertemakan ‘Single Voice Common Goal’ yang antara lain akan membawa usul berkaitan pendidikan, pekerjaan dan kesihatan. — Bernama

Sebab itulah kita perlukan sekretaria­t kukuh, jadi kita boleh melaksanak­an sehingga selesai dan yakinkan sistem itu supaya ia tidak mengganggu keputusan yang kita buat. Saya kecewa sebab keputusan yang saya buat (sebelum ini) tidak dilaksanak­an sepenuhnya. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PERPADUAN: Najib berucap pada perasmian Perhimpuna­n Agung Pergerakan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
— Gambar Bernama PERPADUAN: Najib berucap pada perasmian Perhimpuna­n Agung Pergerakan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia