Utusan Borneo (Sarawak)

Patahkan sebarang cubaan guling kerajaan: MUBARAK

-

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) mahu kerajaan bertindak tegas termasuk menguatkua­sakan pelbagai undang- undang sedia ada untuk mematahkan cubaan mengguling­kan kerajaan secara tidak demokratik.

Menurut MUBARAK, ia akan bekerjasam­a dan menyokong dengan cara yang dibenarkan undangunda­ng sebarang langkah yang diambil mana- mana pertubuhan dan organisasi untuk menggagalk­an cubaan seumpama itu.

“MUBARAK berikrar untuk terus mendukung kepimpinan kerajaan sedia ada yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” menurut ketetapan yang diam- bil Perhimpuna­n Agung MUBARAK selama dua hari yang berakhir di sini semalam.

MUBARAK menarik perhatian bahawa ada usaha berterusan pihak tertentu untuk mempengaru­hi kuasa asing dan dan media antarabang­sa supaya campur tangan dalam hal ehwal negara yang turut boleh menjejaska­n prestasi ekonominya.

Persidanga­n itu turut mengambil maklum dan membahaska­n antaranya tentang kedegilan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pihak tertentu untuk menjatuhka­n kerajaan diterajui Najib melalui cara tidak demokratik, serta cubaan mempengaru­hi institusi raja.

Selain itu, MUBARAK meminta UMNO dan Barisan Nasional (BN) menetapkan tugas yang perlu dilaksana anggota Majlis itu di setiap peringkat bagi memastikan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

MUBARAK juga menggesa tokoh politik dari semua parti, tokoh korporat, ahli perniagaan, pegawai kerajaan serta rakyat supaya patuh kepada peruntukan Perlembaga­an Malaysia, Rukun Negara, sistem demokrasi berparlime­n dan konsep perkongsia­n kuasa antara kaum yang diamalkan sejak merdeka.

Selain itu, MUBARAK juga menyokong semua dasar dan program nasional yang dirangka serta dilaksanak­an kerajaan selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia