Utusan Borneo (Sarawak)

MIC menyatakan hasrat bertanding 9 kerusi Parlimen, 19 kerusi DUN pada PRU14

-

KUALA LUMPUR: MIC semalam menyatakan hasrat untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidenny­a Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata keputusan pengagihan kerusi tersebut masih dalam perbincang­an bersama Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita akan berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ada kemungkina­n kerusi MIC akan dipindahka­n ke kawasan lain,” katanya dalam sidang media bersempena Perhimpuna­n Agung Tahunan MIC ke- 70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Pada PRU13, BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandi­ngkan dengan MIC menyumbang­kan empat kerusi.

Terdahulu, Dr Subramania­m dalam ucapan dasarnya berkata melalui 11 Pelan Tindakan Pembanguna­n MIC, parti itu kini dalam proses mendekati masyarakat melalui pelbagai program dengan keutamaan kepada isu berkaitan generasi muda atau belia.

Ini termasuk cadangan menubuhkan 500 cawangan baharu dengan kesemuanya diketuai siswazah sebelum penghujung Disember 2016, sebagai sebahagian daripada program peremajaan parti seiring keadaan politik semasa.

Dr Subramania­n yang juga Menteri Kesihatan berkata BN juga perlu melabur lebih banyak dalam mengukuhka­n penggunaan media sosial dalam memerangi persaingan persepsi pada PRU14 nanti.

Menyifatka­n pilihan raya umum akan datang sebagai ‘ ibu segala pilihan raya umum”, beliau mahu transforma­si dalam semangat BN dilaksanak­an untuk mengukuhka­n konsep perkongsia­n kuasa antara pelbagai kaum bagi mempertaha­nkan gabungan kepimpinan yang sudah 60 tahun mentadbir negara.

Dalam pada itu, Dr Subramania­m dalam ucapannya turut membangkit­kan peluang masyarakat India dalam sektor awam yang disifatkan belum menunjukka­n perubahan walaupun perdana menteri telah meluluskan 1,500 jawatan tetap bagi kaum itu tahun lepas.

“Sehingga kini tiada pelantikan dapat dibuat kerana Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) berkata tidak wujud keperluan untuk jawatan itu,” katanya.

Presiden MIC itu turut menyentuh isu- isu pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan, perniagaan mikro, penambahba­ikan latihan kemahiran, kesihatan dan bantuan sosio-psikologi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia