Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai tingkat langkah berjaga-jaga

Lebih banyak kediaman dinaiki air dan rata-rata berpunca daripada ban yang pecah

-

KUALA LUMPUR: Penduduk di beberapa buah negeri yang terjejas akibat fenomena air pasang besar meningkatk­an langkah berjaga-jaga selepas limpahan air semakin banyak di beberapa tempat petang semalam.

Berdasarka­n tinjauan dan laporan pihak bertanggun­gjawab mendapati lebih banyak kediaman dinaiki air, ratarata berpunca daripada ban yang pecah seterusnya membanjiri kawasan sekitarnya dan rumah penduduk.

Di PERAK, kawasan Parit 25 Baruh Hutan Melintang dan Bagan Sungai Belukang, Rungkup dilimpahi air apabila dua ban yang dibina didapati terhakis dan pecah.

Pengerusi Jawatankua­sa Rencana Daerah Bagan Datoh, Datuk Hamzah Hussin berkata pihak Jabatan Pengairan dan Saliran kini dalam proses untuk membaiki ban tersebut dan pemantauan berterusan akan dibuat bagi memastikan ia tidak pecah.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Perak, Bagan Datoh merupakan satu daripada lima daerah yang berisiko banjir kesan daripada fenomena air pasang besar itu.

Empat lagi daerah berisiko

Hanya Pulau Redang di Sekinchan, ada tiupan angin menyebabka­n paras air naik manakala di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan, air hanya naik setinggi 2.2 meter. Budiman Mohd Zohdi Ahli Parlimen Sungai Besar

adalah Kerian; Manjung; Hilir Perak serta Larut Matang dan Selama, tetapi keadaan di semua daerah itu adalah terkawal setakat ini.

Di SELANGOR, situasi sama turut berlaku apabila lebih 10 rumah di Jalan Kebun Baru, Kampung Seri Keramat, Batu 5 1/2 Kapar, Klang di sini, dinaiki air apabila ban Sungai Keramat pecah akibat fenomena itu.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk kampung mula bergotong- royong membantu mengeluark­an air yang memasuki rumah masingmasi­ng apabila air laut yang melimpahi kawasan itu mulai surut jam 9 pagi semalam.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi ketika ditemui Bernama berkata meskipun air naik di kawasan pesisir pantai bermula di Kampung Nelayan sehingga ke Kampung Parit 5, Sekinchan, namun ia tidak mendatangk­an kesan besar berikutan tiada pukulan angin kuat.

“Hanya Pulau Redang di Sekinchan, ada tiupan angin menyebabka­n paras air naik manakala di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan, air hanya naik setinggi 2.2 meter,” katanya.

Di KEDAH, Pegawai Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata keadaan masih terkawal dan belum ada lagi pusat pemindahan yang dibuka setakat pukul 2 petang ini.

“Jumlah sebenar rumah terjejas masih belum diketahui. Antara kampung terjejas setakat ini ialah Kampung Tepi Sungai dan Kampung Sungai Meriam,” katanya.

Di NEGERI SEMBILAN, keadaan di empat kawasan di pusat peranginan Port Dickson yang dijangka mengalami fenomena air pasang besar masih terkawal namun, jumlah kehadiran pengunjung di kawasan itu tidak ramai setakat jam 4 petang ini.

Empat kawasan berkenaan adalah Pantai Teluk Kemang di Batu 8; Pantai Bagan Pinang, Batu 3; Pantai Saujana, Batu 4 serta Pantai Tanjung Biru atau Blue Lagoon di Batu 10.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Port Dickson dalam kenyataan semalam berkata pemantauan selama lapan jam mendapati cuaca dalam keadaan baik dan tiada pemindahan mangsa dilakukan.

“Rondaan dan pemantauan dilakukan oleh Angkatan Pertahanan Awam Port Dickson dengan kekerapan dua jam sekali ke setiap lokasi.

“Jangkaan kemuncak air pasang pada jam 6.57 petang dan sekitar jam 1.30 petang tadi (semalam), air laut mula pasang dan angin sedikit kencang serta keadaan cuaca nampak mendung,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGUNDANG BAHAYA: Dua kanak-kanak ini bermain di tepi Pantai Bersih, Bagan Ajam walaupun ombak kuat berikutan fenomena air pasang besar semalam.
— Gambar Bernama MENGUNDANG BAHAYA: Dua kanak-kanak ini bermain di tepi Pantai Bersih, Bagan Ajam walaupun ombak kuat berikutan fenomena air pasang besar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia