Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan Kuala Selangor tidak turun ke laut

-

KUALA SELANGOR: Ratarata nelayan di Kampung Bagan Pasir di sini mengambil keputusan tidak turun ke laut berikutan keadaan laut yang bergelora akibat fenomena air pasang besar.

Mohd Riduan Hashim, 33, berkata kebanyakan nelayan pesisir pantai sepertinya tidak turun ke laut sejak semalam sehingga Selasa ini.

“Kami tidak berani turun kerana ombak yang kuat selain laut bergelora yang tidak sesuai untuk bot dan sampan kecil.

“Bermula semalam (kelmarin) sehingga Selasa ini, nelayan bot dan sampan kecil mengambil keputusan untuk tidak turun laut. Cuma ada beberapa nelayan bot besar yang berani untuk menangkap ikan pada waktu begini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berikutan fenomena itu, kebanyakan nelayan pantai melakukan aktiviti sampingan untuk mencari duit poket bagi menampung perbelanja­an seharian mereka.

Katanya buat masa ini mereka memancing dan men- jala ikan di sungai untuk dimakan sendiri dan dijual.

“Air laut buat masa ini berada pada paras tinggi tetapi tidaklah sampai ke darat,” tambahnya.

Bagi Kamarudin Sarap, 39, beliau turut mengambil keputusan untuk melupakan seketika aktiviti menangkap ikan di laut berikutan fenomena air pasang besar.

Ekoran itu, katanya beliau dan rakan-rakannya mencari siput sedut serta ketam nipah yang banyak muncul ketika fenomena itu.

“Apabila air pasang besar, kita boleh lihat banyak siput dan ketam nipah di kawasan pokok paya bakau terutamany­a di Kampung Sungai Yu.

“Jadi walaupun kita tidak turun ke laut, kita masih boleh mencari rezeki yang lain,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAUT PASANG: Jeti nelayan Kampung Bagan Pasir kelihatan lengang disebabkan nelayan tidak turun ke laut berikutan hujan dan fenomena air laut pasang besar semalam.
— Gambar Bernama LAUT PASANG: Jeti nelayan Kampung Bagan Pasir kelihatan lengang disebabkan nelayan tidak turun ke laut berikutan hujan dan fenomena air laut pasang besar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia