Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan 400 nelayan Kuala Muda terjejas

-

KEPALA BATAS: Fenomena air pasang besar dan ribut sejak Jumaat lalu menyebabka­n sebahagian daripada nelayan di Kuala Muda, Penaga di sini tidak dapat turun ke laut sekali gus menjejaska­n pendapatan mereka.

Ketua Unit Nelayan Kuala Muda, Mohamad Wan Chik berkata hanya 30 peratus daripada 400 nelayan di kawasan itu turun ke laut menangkap ikan, bagaimanap­un fenomena itu telah menyebabka­n bekalan ikan berkuranga­n sehingga mereka terpaksa memasuki perairan Kuala Kurau di Perak dan Langkawi, Kedah.

“Nelayan yang turun ke laut hanya memperoleh kirakira 30 kilogram (kg) ikan kembung, berbanding kebiasaann­ya antara 80 kg hingga 100 kg yang diperoleh hanya dalam tempoh antara tiga atau empat jam.

“Jika dahulu kami boleh turun ke laut dari pukul 6 pagi, sekarang kami terpaksa keluar ke laut jam 8 atau 9 pagi dan perlu balik sebelum jam 12 tengah hari untuk mengelak air pasang besar dan ribut,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Beliau berkata berikutan bekalan ikan yang berkuranga­n, pihaknya terpaksa menaikkan harga ikan bagi menampung kos minyak yang kadang kala mencecah sehingga RM400 setiap kali keluar menangkap ikan.

Mohamad berkata kebiasaann­ya apabila air pasang besar, ribut akan berlaku dan menyebabka­n ombak setinggi tiga meter yang sangat berbahaya kepada nelayan terutama mereka yang membawa bot kecil.

Beliau turut menasihatk­an nelayan di kawasan itu supaya berhati-hati ketika ke laut dan sentiasa memakai jaket keselamata­n untuk mengelak sebarang kemungkina­n susulan fenomena gelombang air pasang besar itu.

Seorangnel­ayanNazrin­Omar, 41, berkata walaupun tidak turun ke laut, beliau dan nelayan lain di kawasan itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa berada di kawasan jeti di situ bagi memantau bot mereka agar tidak rosak.

Ishak Ahmad Awang, 52, pula mengisi masa terluang dengan menjahit jaring rosak selepas tidak turun ke laut sejak Jumaat lalu.

Katanya sejak kejadian itu, beliau berhati-hati sebelum turun ke laut dan rela menjadi penganggur berbanding bertarung dengan ribut yang datang bersama- sama air pasang besar.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Mohd Zain Ahmad yang turun padang memantau situasi fenomena air pasang besar di kawasan itu berkata beliau sentiasa menyalurka­n maklumat kepada penduduk dan nelayan di situ bagi memastikan mereka boleh mengambil tindakan segera.

Katanya walaupun berlaku limpahan air laut ketika air pasang besar, keadaan itu masih terkawal dan tidak masuk ke dalam kawasan rumah penduduk di situ serta kembali surut beberapa jam kemudian.

“Saya, pejabat ADUN Penaga dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKP) di sini sentiasa memantau terutama pada waktu malam bagi memastikan tindakan segera dapat diambil jika berlaku limpahan air laut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia