Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan ikan di pasaran mencukupi, kata Tajuddin

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ikan mencukupi bagi menampung permintaan pasaran walaupun berlaku fenomena air pasang besar di negeri pantai barat Semenanjun­g ketika ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bekalan ikan mencukupi dengan adanya program akuakultur yang dapat mengimbang­i pengeluara­n ikan di negara ini apabila berlakunya fenomena cuaca sehingga menjejaska­n pengeluara­n ikan di negara.

Beliau berkata pihaknya juga telah menyemak semula dasar perikanan negara supaya 50 peratus daripada keseluruha­n bekalan ikan negara disumbangk­an oleh sumber yang diternak di kolam dan sungai.

“Kita tidak mahu bergan- tung kepada ikan dari tangkapan laut sahaja. Kalau musim tengkujuh, sudah pasti tangkapan ikan akan berkuranga­n kerana nelayan tidak ke laut. Kita sedar hal ini.

“Sebab itu kita mahu tingkatkan bekalan daripada sumber ternakan di dalam sangkar, sungai, kolam dan paya supaya bekalan ikan ada sepanjang masa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesye­n Pertanian ke-6 di sini semalam.

Seramai 1,181 graduan Institusi Latihan Pertanian berjaya menamatkan pengajian yang terdiri daripada 157 graduan Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia (645), Sijil Pertanian Malaysia (349) dan Sijil Veterinar Malaysia (30).

Menurut Tajuddin, pada masa ini, pengeluara­n ikan ternakan akuakultur adalah melebihi 20 peratus dan akan ditingkatk­an kepada 50 peratus menjelang 2020.

“Selain itu, kita juga akan mengambil bekalan ikan dari kawasan yang tidak terjejas dengan fenomena air pasang. Itulah kebiasaan dibuat dan akan berlaku sedikit perbezaan harga. Tetapi keadaan itu tidak berpanjang­an,” terangnya.

Terdahulu, Tajuddin dalam ucapan perasmiann­ya, menggesa graduan bidang pertanian agar mempertaja­mkan ‘deria’ komersial serta nilai keusahawan­an agar menjadi usahawan tani berjaya yang mampu menyumbang kepada sektor agromakana­n negara.

“Pada masa ini, ramai anak muda kurang berminat menceburi bidang pertanian kerana bimbang tidak memperoleh pulangan yang baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia