Utusan Borneo (Sarawak)

The Blues tambah tekanan ke atas The Foxes

City, Spurs tercicir mata sementara Arsenal sentak Swansea 3-2 pada aksi liga Sabtu lepas

-

LONDON, England: Manchester City gagal menyempurn­akan dua tendangan penalti ketika seri 1- 1 dengan Everton sementara Arsenal menewaskan Swansea City 3- 2 untuk berkongsi mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Arsenal memintas Tottenham Hotspur di tangga kedua selepas Spurs juga tercicir mata apabila seri 1-1 di West Bromwich Albion.

Selepas kekasaran oleh Phil Jagielka, penjaga gol Everton, Maarten Stekelenbu­rg menepis tendangan penalti dari Kevin de Bruyne sebelum Sergio Aguero juga gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti.

Romelu Lukaku meletakkan Everton di hadapan pada minit ke- 64 sebelum Aguero gagal menyempurn­akan tendangan penalti yang kedua beliau minggu ini selepas gagal melakukann­ya ketika beraksi untuk Argentina pada kelayakan Piala Dunia 2018 di mana pasukannya tewas kepada Paraguay.

Tetapi City, yang kini mengharung­i tiga perlawanan tanpa menang dalam semua pertanding­an, mengikat kedudukan pada minit ke- 72 apabila Nolito menanduk hantaran lintang David Silva untuk memastikan satu mata berharga.

“Kami melakukan hampir segala- galanya – Everton mencipta hanya satu peluang dan ia menghasilk­an gol,” kata jurulatih City, Pep Guardiola.

“Pemain mempunyai kualiti untuk menjaringk­an gol tetapi kami kerap gagal melakukann­ya. Saya berharap kami akan menjaringk­an lebih banyak gol ( penalti) di masa hadapan.”

Di Stadium Emirates,

Kami melakukan hampir segalagala­nya – Everton mencipta hanya satu peluang dan ia menghasilk­an gol. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

Theo Walcott menjaringk­an dua gol ketika Arsenal menewaskan Swansea untuk kemenangan keenam berturut- turut dalam semua pertanding­an.

Walcott membuka jaringan pada minit ke-27 selepas Jordi Amat gagal menangani tandukan Hector Bellerin.

Walcott menambah jaringan buat Arsenal tujuh minit kemudian dari satu tendangan sudut.

Swansea, yang dibimbing buat kali pertama oleh Bob Bradley, menyaksika­n Gylfi Sigurdsson merapatkan kedudukan pada minit ke38 namun Mesut Ozil meraikan ulang tahun kelahiran ke-28 dengan menjaringk­an gol ketiga Arsenal pada minit ke- 57.

Swansea menjaringk­an gol kedua menerusi rembatan Borja Baston dan Arsenal terpaksa bermain 20 minit terakhir permainan dengan 20 pemain selepas Granit Xhaka menerima kad merah kerana kekasaran ke atas Modou Barrow.

“Kami tidak dapat menamatkan saingan dengan kelebihan dua gol tetapi sekurang- kurangnya kami mengutip tiga mata penuh,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Tottenham menguasai lawan mereka di The Hawthorns tetapi bekas bintang Spurs, Nacer Chadli meletakkan West Ham di hadapan, lapan minit sebelum tamat permainan.

Dele Alli memastikan satu mata buat Spurs dengan gol penyamaan pada minit ke- 89 untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah Spurs dalam liga setakat ini.

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino berkata: “Kami terlepas peluang untuk mengutip tiga mata penuh tetapi dalam masa yang sama, ia adalah perlawanan yang sukar.”

Liverpool juga boleh berkongsi mata dengan City dan Arsenal jika menewaskan musuh ketat mereka, Manchester United hari ini.

Chelsea membelasah juara bertahan, Leicester City 3- 0 di Stamford Bridge menerusi gol Diego Costa, Eden Hazard dan Victor Moses.

Kekalahan bermakna Leicester hanya menang dua dari lapan perlawanan liga setakat ini dan pengurusny­a, yang juga bekas pengurus Chelsea, Claudio Ranieri berkata: “Pendekatan permainan kami tidak cukup bagus.”

Kemenangan membolehka­n pengurus Chelsea, Antonio Conte mencapai kemenangan yang amat diperlukan selepas tersebar spekulasi di mana beliau akan dipecat.

“Dari awal saya meminta mereka bermain dengan penuh kesungguha­n dan cuba melakukan apa yang kami lakukan dalam sesi latihan,” kata Conte. “Ini adalah perlawanan terbaik untuk kami.”

Stoke City mencipta kemenangan liga yang pertama musim ini apabila Joe Allen menjaringk­an dua gol untuk membantu menewaskan Sunderland 2- 0.

Sementara itu, West Ham United melangkah keluar dari zon penyingkir­an se- lepas menang tipis 1- 0 ke atas Crystal Palace pada perlawanan lewat.

Gol kemenangan West Ham dijaring

k a n o l e h Manu e l L a n - z i n i p a d a m i n i t k e - 1 9 t e t a p i P a l a c e t i d a k b e r n a - sib baik u n t u k mengikat kedudukan apabila Christian Benteke gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti pada lewat separuh masa pertama. Pada perlawanan lain, Bournemout­h membelasah Hull City 6- 1 pada perlawanan sulung Mike Phelan sebagai pengurus Hull. Gol kemenangan Bournemout­h dijaringka­n Charlie Daniels, Steve Cook, Junior Stanislas ( dua gol), Callum Wilson dan Dan Gosling. Phelan, yang menggantik­an Steve Bruce, hairan dengan prestasi buruk pasukannya. “Saya berasa malu,” kata beliau. “Kami harus lebih matang... Apa yang kami lakukan hari ini tidak mencukupi.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEGAR JARING: Costa gembira selepas menjaringk­an pembukaan pada perlawanan di Stamford Bridge, London Sabtu lepas.
— Gambar AFP GEGAR JARING: Costa gembira selepas menjaringk­an pembukaan pada perlawanan di Stamford Bridge, London Sabtu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? TANGKAS: Stekelenbu­rg (dua kanan) berjaya menepis tendangan penalti dari Aguero (kiri) pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Eithad, Manchester pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters TANGKAS: Stekelenbu­rg (dua kanan) berjaya menepis tendangan penalti dari Aguero (kiri) pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Eithad, Manchester pada Sabtu lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia