Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga: Messi hanya perlukan tiga minit

-

MADRID, Sepanyol: Lionel Messi mengambil masa hanya tiga minit untuk menjaringk­an gol sebaik sahaja kembali dari kecederaan ketika Barcelona membelasah Deportivo la Coruna 4-0 tetapi masih kekal kurang dua mata di belakang Atletico Madrid dan Real Madrid dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Hatrik Yannick Carrasco dan dua gol pertama Nicolas Gaitan memastikan Atletico menang besar 7-1 ke atas Granada pada perlawanan awal.

Real Madrid juga menang besar dan mengekalka­n saingan dengan kelab jirannya apabila menewaskan Real Betis 6-1 untuk menamatkan empat keputusan seri berturut-turut sebelum ini.

Barca sudah mendahului 3-0 menerusi gol Luis Suarez dan dua gol Rafinha apabila Messi dimasukkan untuk penampilan pertama sejak hampir satu bulan dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringk­an gol kesembilan musim ini.

“Ia satu prestasi sempurna,” kata jurulatih Barca, Luis Enrique.

“Kami sudah dapat menurunkan Leo dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk kembali ke kemuncak prestasi.”

Barca sudah menamatkan saingan sebelum gol Messi apabila mendahului 3-0 sebelum rehat.

Real tercicir ke tangga keempat ekoran kemenangan Barca dan Atletico tetapi mereka kembali semula ke tangga kedua dan menamatkan satu tempoh buruk dengan aksi terbaik mereka setakat ii.

Raphael Varane menanduk satu tendangan percuma Toni Kroos sebelum Kroos mengumpan bola kepada Karim Benzema untuk gol kedua.

Marcelo menjaringk­an gol ketiga Real sebelum Isco menjaringk­an gol keempat dari satu serangan pantas.

Isco menjaringk­an gol kedua peribadi sebelum Cristiano Ronaldo melengkapk­an jaringan.

Real ketinggala­n di belakang Atletico dengan perbezaan gol selepas Atletico berpesta gol ketika menentang Granada.

“Reaksi dari pasukan adalah hebat sekali,” kata jurulatih Atletico, Simeone.

Atletico bagaimanap­un dikejutkan dengan gol pembukaan Granada oleh Isaac Cuenca tetapi Carrasco mengubah nasib pasukan apabila mengikat kedudukan sebelum rehat.

Selepas itu, Atletico menguasai sepenuhnya permainan dengan Carrasco turut melengkapk­an hatrik.

“Saya berasa sangat gembira menjaringk­an tiga gol, hatrik pertama dalam kerjaya saya,” kata Carrasco.

“Saya sudah mempunyai banyak kenangan manis di Atletico dan saya berharap akan ada lebih banyak lagi kenangan selepas ini.”

Pada perlawanan lain, Sevilla hanya kurang satu mata di tangga ketiga selepas menamatkan 17 bulan kemarau kemenangan di tempat lawan apabila menewaskan Leganes 3-2.

Franco Vazquez dan Samir Nasri meletakkan Sevilla di hadapan tetapi David Timor dan Alexander Szymanowsk­i mengikat kedudukan buat Leganes, menyebabka­n Sevilla terus tertekan dengan kemarau kemenangan di gelanggang lawan.

Bagaimanap­un, pemain gantian, Pablo Sarabia menjaringk­an gol kemenangan apabila menjaringk­an gol lima minit sebelum tamat permainan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SUKAR DIKAWAL: Messi (kanan) bersaing dengan pemain Deportivo, Florin Andone pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas.
— Gambar Reuters SUKAR DIKAWAL: Messi (kanan) bersaing dengan pemain Deportivo, Florin Andone pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI MANTAP: Dybala (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol keduanya pada perlawanan di Turin, Itali Sabtu lepas.
— Gambar AFP AKSI MANTAP: Dybala (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol keduanya pada perlawanan di Turin, Itali Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia