Utusan Borneo (Sarawak)

PPD Tatau bukti keunggulan

Kontinjen Pejabat Pendidikan Daerah Tatau muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Sekolah Pribumi Sarawak

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Kontinjen Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Sekolah Pribumi Sarawak 2016 berlangsun­g pada 14 dan 15 Oktober di Hornbill Sports, di sini petang Sabtu lalu.

Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-maisng disandang oleh kontinjen PPD Kapit dan PPD Belaga.

Hadiah kemenangan disampaika­n oleh Pengarah Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Dr Mehander Singh.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon, Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Sarawak Ambrose Jarit, Pegawai Pen- didikan Daerah Miri Dr Hassan Hasbollah dan tetamu lain.

Kejohanan itu membabitka­n acara futsal, sepak takraw dan bola jaring disertai sekitar 300 atlet dari 20 kontinjen PPD terdiri Lundu, Serian, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Julau, Sibu, Selangau, Kanowit, Kapit, Song, Belaga, Tatau, Sebauh, Subis, Baram, Limbang, Lawas dan Miri.

Kontinjen PPD Tatau mengalahka­n PPD Kapit pada perlawanan akhir acara futsal dengan 3-1 sekali gus menjuarai acara terbabit dan PPD Kapit di tangga kedua manakala tempat ketiga dan keempat berpihak kepada PPD Belaga dan Song.

Acara itu turut menyaksika­n Piak Enkamop dari kontinjen PPD Tatau mendapat Anugerah Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik manakala Hillary David (PPD Tatau) mendapat Anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Bagi acara sepak takraw, juara menjadi milik kontinjen PPD Limbang diikuti PPD Tatau di tempat kedua, PPD Kapit dan PPD Lubok Antu masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.

Alexander Samion Jimbau (PPD Limbang) dinobatkan sebagai pemain dan tekong terbaik menerusi acara sepak takraw manakala Vitoriang Collin (PPD Lubok Antu) mendapat anugerah apit kiri terbaik dan anugerah apit kanan terbaik berpihak kepada Patrick Jangan Robin (PPD Kapit).

Sementara acara bola jaring, kontinjen PPD Lawas muncul johan, PPD Belaga meraih naib johan, tempat ketiga menjadi milik PPD Tatau dan PPD Song tempat keempat.

Anugerah pemain terbaik bagi acara bola jaring dimenangi Nicole Temai Ria (PPD Belaga) dan Danielee Adela (PPD Lawas) mendapat gelaran penjaring terbanyak.

Kejohanan itu merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Miri dengan kerjasama iM Sarawak dalam usaha memenuhi kehendak murid-murid terlibat sekurang-kurangnya satu jenis sukan serta salah satu pengisisan program 1Murid 1Sukan.

Ia juga inisiatif menunjukka­n bahawa pendidikan bukan hanya berada dalam kelas semata-mata malah perlu dikongsika­n kepada semua lapisan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia