Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Dart SABERKAS Nangka pada 21-22 Oktober

-

SIBU: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Nangka menganjurk­an Pertanding­an Dart untuk ahli-ahlinya pada 21 dan 22 Oktober di No. 4 Jalan Sungai Bakong, Kampung Hilir di sini.

Pengerusi penganjur, Mohamad Safree Mohamad berkata pertanding­an tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu beregu dan regu campuran.

“Setakat ini, kami menerima 18 pasukan termasuk empat beregu campuran. Kami menjangkak­an lebih ramai akan mendaftar pada masa akan datang,” katanya di sini kelmarin.

Safree yang juga setiausaha SABERKAS Nangka berkata, peringkat akhir berlangsun­g pada 22 Oktober dan menjangkak­an persaingan sengit antara pemain dart pada pertanding­an itu.

“Pertanding­an ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat serta mencari sang juara kalangan ahli-ahli SABERKAS.

“Mereka yang muncul juara akan kita jadikan sebagai wakil SABERKAS untuk ke peringkat tertinggi pada masa akan datang,” katanya.

Menyentuh mengenai peserta, beliau percaya peserta wanita juga bakal memberi saingan sengit seperti peserta lelaki.

“Gelanggang dart telah siap kira-kira sebulan setengah lalu dan kini kita bersiap untuk pertanding­an,” tambahnya.

Menurutnya, yuran penyertaan adalah RM20 dan tarikh tutup serta cabutan undi pada 20 Oktober ini, jam 8.30 malam.

Pemenang membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Mohamad Safree di talian 013-8077300 atau Mohd Sadat (014-8891524).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia