Utusan Borneo (Sarawak)

Landas 3 dinobat Raja Air Pesta Benak

-

SRI AMAN: Pasukan Landas 3 dinobatkan Raja Air Regata Pesta Benak Sri Aman 2016 setelah muncul juara kategori Sakai 30 Lelaki di Tebingan Batang Lupar petang semalam.

Naib juara disandang pasukan SUPP Simanggang Jelai Nama Satu.

Dengan kemenangan itu, Landas 3 dipimpin Datuk Sajeli Kipli menerima hadiah berupa Piala Pusingan TYT, piala kejuaraan, hadiah wang tunai RM3,500 dan beras keluaran Mamut seberat 10 kilogram.

Manakala pasukan naib juara dengan tuan perahunya, Datuk Francis Harden Hollis membawa pulang hadiah berupa piala, wang tunai RM2,500 dan beras keluaran Mamut.

Tempat ketiga dimenangi Landas 4 sekali gus membawa pulang hadiah berupa piala, wang tunai RM2,000 dan beras keluaran Mamut.

Menteri Muda Pembanguna­n Ekonomi Luar Bandar dan Perladanga­n, Datuk Francis Harden Hollis menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Residen Bahagian Sri Aman Johnathan Lugoh, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, Walikota Sri Aman Rich- ard Tawan Sedu, Setiausaha MDSA Nelson Mujah Girie, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman, Doris Syinia dan pegawai-pegawai kerajaan.

Enam pasukan mengambil bahagian dalam acara Raja Air ialah Landas 1, Bujang Simanggang Tampak Rita 3, Pangkas Helang 1, Kampung Tanjung Asam 1 dan Pangkas Helang.

Acara Raja Air tahun lalu menyaksika­n pasukan Sinaran Ratu Siska (KPS) dari Kuching menggondol gelaran kejuaraan.

 ??  ?? RAJA AIR: Harden menyampaik­an hadiah Piala Pusingan TYT kepada wakil pasukan Landas 3 setelah dinobatkan Raja Air Regata Pesta Benak Sri Aman 2016 semalam.
RAJA AIR: Harden menyampaik­an hadiah Piala Pusingan TYT kepada wakil pasukan Landas 3 setelah dinobatkan Raja Air Regata Pesta Benak Sri Aman 2016 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia