Utusan Borneo (Sarawak)

Badang senior menyinar saingan Mr Benak 2016

-

SRI AMAN: Kejuaraan Bina Badan Mr Benak 2016 di Tebingan Batang Lupar malam kelmarin menyaksika­n atlet senior, Badrul Shah Baharuddin dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai ‘ Juara Antara Juara’ mengalahka­n 47 peserta lain.

Sebelumnya, Badrul mengunggul­i Kategori Bina Badan Atas-70 kilogram yang juga disertai bintang-bintang bina badan negara seperti atlet kebangsaan, Awang Mohamad Azizul Ghani dan juara Light Middleweig­ht Mr Sarawak 2016, Aisa Rosli masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Menurut Badrul, yang sudah berkecimpu­ng dalam sukan ini selama 13 tahun beliau hampir terlepas menyertai pertanding­an gara-gara ‘insiden bas’ dialaminya semasa perjalanan ke sini.

“Saya menaiki bas ekspres dari Kuching berlepas lewat petang Jumaat dan dijadualka­n tiba di Sri Aman pada malam itu. Namun saya terlepas destinasi kerana saya tidak pasti di mana saya patut berhenti maklumlah kali pertama bertandang ke Sri Aman.

“Akhirnya, saya diturunkan berdekatan satu simpang menuju ke Bintulu pada pukul 8.30 malam. Syukurlah ada hamba Allah yang sudi menumpangk­an saya ke bandar Sri Aman. Oleh sebab itu, saya sangat bersyukur atas kemenangan ini,” kata badang berumur 36 tahun ini sambil tertawa.

Kategori Badrul merupakan salah satu daripada lima acara yang dipertandi­ngkan pada edisi ketiga Mr Benak ini dilangsung­kan sempena Pesta Benak 2016 di sini.

Kategori Bina Badan Bawah 65 kilogram dimenangi oleh Wilfred Harding dari Kuching, disusuli Eddey Rozeymie Ali dari Brunei dan Maskabi Kabar dari Miri di tempat kedua dan ketiga.

Juara Kategori Bina Badan 65-75 kilogram adalah Tengku Ali Zamri Tengku Haidar dari Johor, diikuti Louis Glass dari Kota Samarahan dan Azahar Mahamad mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat kedua dan ketiga.

Bagi Kategori Badan Cantik, Mohd Khairulddi­n Hadzari dari Bintulu menewaskan Mohamad Fitri Mohamed Ali dari Miri dan Faisal Muhammad dari Brunei saingan Bawah-170 sentimeter.

Manakala Muhamad Azizi Anuar dari Brunei menepis cabaran Muhammad Firdaus Ahmad dari Miri dan Abdul Ramzi Bujang dari Kuching dalam Kategori Atas- 170 sentimeter.

Hadiah-hadiah pemenang disampaika­n oleh Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Pedalaman) dan Perladanga­n merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dan Residen Bahagian Sri Aman, Jonathan Lugoh.

 ??  ?? GAYA JUARA: (Dari kanan) Badrul, Tengku Ali dan Wilfred dalam saingan ‘Juara Antara Juara’ pada Pesta Benak 2016.
GAYA JUARA: (Dari kanan) Badrul, Tengku Ali dan Wilfred dalam saingan ‘Juara Antara Juara’ pada Pesta Benak 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia