Utusan Borneo (Sarawak)

Julie’s dan Legoland sediakan pelan cuti sekolah untuk pelanggan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pengekspor­t biskut terbesar di Malaysia, Perfect Food Manufactur­ing (M) Sdn Bhd (Julie’s) menjalin kerjasama dengan taman tema Legoland Malaysia Resort ( Legoland) untuk menyediaka­n pelan cuti sekolah yang bermakna dan berbajet menerusi kempen promosi ‘Jom Bersama Kami Gegarkan Dunia LEGO!’.

Pengurus Pemasaran Julie’s Benny Chia berkata, melalui promosi yang berlangsun­g dari 1 Oktober sehingga Disember tahun ini, orang ramai di Malaysia termasuk dari Singapura dapat menikmati diskaun 35 peratus untuk pembelian tiket masuk ke taman tema Legoland dan juga mendapat tiket percuma bagi kanak-kanak dengan hanya membeli biskut Julie’s.

Justeru beliau berkata, Julie’s akan mengedar sejumlah dua juta bungkus siri produk biskut ke pasaran tempatan termasuk Sabah dan Sarawak serta Singapura bagi kempen promosi ini dan pembeli juga boleh menebus kupon berkenaan hingga April tahun hadapan.

“Nikmatilah diskaun sebanyak 36 peratus bagi pembelian tiket masuk ke Legoland dengan mana-mana pembelian produk siri biskut Julie’s Le-mond Sandwic atau biskut Julie’s Hershey’s.

“Anda hanya perlu memotongka­n bahagian kupon diskaun daripada bungkusan siri biskut Julie’s Le-mond Sandwic atau biskut Julie’s Hershey’s dan menunjukka­nnya kepada kaunter tiket Legoland untuk menikmati promosi ini.

“Selain itu, penggemar biskut Golden dan Gula akan diberikan tiket percuma bagi kanak-kanak yang berumur 3 hingga 11 tahun dengan setiap pembelian tiket dewasa di mana promosi ini dapat membantu menjimatka­n pembelian tiket kanak-kanak yang bernilai RM144,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di taman tema Legoland, Nusajaya, Johor Bahru pada 14 Oktober lepas yang turut dihadiri Ketua Bahagian Pemasaran Legoland, Eric Chong.

Di samping itu, Benny berkata orang ramai juga dapat menyertai pertanding­an ‘Saat Yang Menyeronok­kan Bagi Saya’ yang akan dilancarka­n pada 1 November hingga 31 Disember tahun ini menerusi setiap pembelian mana-mana produk Julie’s dengan nilai serendah RM10 atau SGD5 (RM15.12).

Jelas beliau, pembeli hanya perlu memuat naik gambar di laman Facebook atau Instagram, yang menunjukka­n saat menyeronok­kan bersama rakan atau keluarga dengan keterangan ‘Ini merupakan saat yang menyeronok­kan bagi saya kerana ...’ dengan hashtag #JuliesxLeg­oland bagi memenangi hadiah istimewa.

“Julie’s dan Legoland akan memilih pemenang berdasarka­n kreativiti gambar dan kapsyen yang menarik di mana pengumuman pemenang akan dijalankan pada Januari tahun depan namun pembeli perlu menyimpan resit sebagai bukti pembelian untuk tuntutan hadiah.

“Pertanding­an ini menawarkan sebanyak 54 hadiah dengan hadiah utama berupa pakej penginapan dua hari satu malam di Legoland, empat tiket lawatan VIP ke taman tema Legoland dan hamper biskut Julie’s bernilai RM100,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Julie’s di https:// www. facebook. com/JuliesBisc­uits.

Sementara itu, Eric berkata kempen promosi tersebut adalah seiring dengan pelancaran Lego Ninjago The Ride di Legoland pada November nanti.

Lego Ninjago The Ride adalah suatu penambahan baharu yang terbesar di Legoland dan merupakan permainan ‘indoor’ 4D terbaharu.

“Dari teknologi Triotech dan Maestro, permainan ini diinspiras­ikan daripada produk Line Ninjago dan pemain akan memainkan watak sebagai pahlawan Ninja yang diajar oleh Master Wu untuk membantera­s musuh dan ancaman kuasa jahat, Great Devourer.

“Teknologi Triotech dan Maestro membolehka­n para pemain mengawal pengembara­an mereka melalui pergerakan tangan mereka tanpa menggunaka­n alat tangan,” katanya.

Untuk info lanjut, berita promosi atau aktiviti, anda boleh layari laman sesawang rasmi Legoland di www.legoland. com.my atau hubungi talian 07- 597 8888 atau melalui Facebook dan Twitter.

 ??  ??
 ??  ?? PROMOSI: Benny (dua kiri) dan Eric (dua kanan) bersama maskot Julie’s dan Legoland semasa pelancaran rasmi kempen promosi ‘Jom Bersama Kami Gegarkan Dunia LEGO!’.
PROMOSI: Benny (dua kiri) dan Eric (dua kanan) bersama maskot Julie’s dan Legoland semasa pelancaran rasmi kempen promosi ‘Jom Bersama Kami Gegarkan Dunia LEGO!’.
 ??  ?? DISKAUN: Biskut Julie’s menawarkan diskaun 35 peratus untuk pembelian tiket masuk ke taman tema Legoland.
DISKAUN: Biskut Julie’s menawarkan diskaun 35 peratus untuk pembelian tiket masuk ke taman tema Legoland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia