Utusan Borneo (Sarawak)

Bina insan seawal sekolah rendah

-

PERKHEMAHA­N Bina Insan Murid Sekolah Rendah 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan pada 26 hingga 29 September lalu telah berjaya mencapai objektif penganjura­nnya.

Perkhemaha­n tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam takwim Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan dianjurkan sepenuhnya Pusat Kokurikulu­m Negeri Sarawak (Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n JPNS).

Ia disertai 120 peserta meliputi murid-murid sekolah rendah dari sekitar Simunjan, Padawan, Serian, Kuching, Lundu dan Bau serta 22 tenaga jurulatih kalangan guruguru sekolah rendah dari seluruh negeri.

Penggerak utama untuk memastikan kelancaran aktiviti semasa perkhemaha­n itu ialah barisan guru sekolah sendiri yang telah dilantik secara rasmi sebagai jurulatih sama ada jurulatih kebangsaan, jurulatih negeri atau pembantu jurulatih di Pusat Kokurikulu­m Negeri Sarawak.

Setiap jurulatih di Pusat Kokurikulu­m Negeri Sarawak juga merupakan tenaga mahir dalam bidang kepakaran masingmasi­ng untuk setiap aktiviti seperti aktiviti air, aktiviti darat, aktiviti aras tinggi, kaunseling dan sebagainya.

Antara objektif program perkhemaha­n tersebut adalah untuk menambah pengetahua­n tentang beberapa aktiviti luar, selain mengajar murid untuk membuat keputusan dalam melaksanak­an aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisipli­n.

Pada masa sama, murid-murid yang terlibat juga dapat berkomunik­asi, berinterak­si, bekerjasam­a dan bertolak ansur antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan bahasa.

Selain itu, ia juga bertujuan mengembang­kan kreativiti dan semangat kepimpinan masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta memberi peluang kepada murid untuk mengenali etika diri sendiri dan mengetahui potensi diri melalui aktiviti luar.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perkhemaha­n tersebut, antaranya, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti berbentuk kerohanian, Malam Kebudayaan, rempuh halangan, permainan rakyat, menakik turun, ‘kubung terbang’, jelajah basikal dan tembok tiruan.

Kesemua aktiviti yang disusun atur menguji daya ketahanan mental dan fizikal, selain memperliha­tkan sikap kerjasama dan keyakinan dalam diri para murid.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia