Utusan Borneo (Sarawak)

Perhambaan kanak-kanak berleluasa di Myanmar

-

EMPAT anggota suruhanjay­a hak asasi manusia Myanmar meletak jawatan baru-baru ini selepas pertubuhan tersebut dikecam kerana gagal membantu dua gadis yang didakwa diseksa bertahun-tahun di sebuah kedai tukang jahit.

Dua remaja itu mendakwa mereka menjadi hamba abdi selama lima tahun di kedai yang beroperasi di ibu negara komersial Yangon, di mana mereka dipukul, ditikam dan dilecurkan, selain tidak dibenarkan tidur dan tidak diberi makanan.

Kisah mereka yang didedahkan kepada AFP dalam temu bual di kampung mereka di pinggir Yangon, telah mencetuska­n kemarahan di Myanmar di mana aktivis mendakwa pencabulan hak asasi manusia terus berleluasa ketika negara itu pulih daripada setengah kurun pemerintah­an ganas tentera.

Presiden telah mengarahka­n siasatan ke atas cara pihak berkuasa menangani kes tersebut, selepas keluarga mereka mendakwa polis kerapkali tidak mempedulik­an rayuan mereka untuk membantu menyelamat­kan gadisgadis terbabit.

Kemarahan umum turut menyasari Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Kebangsaan yang merundingk­an pampasan AS$4,000 kepada keluarga mangsa tetapi tidak meneruskan pendakwaan jenayah ke atas tertuduh.

“Empat anggota badan hak asasi manusia terkemuka di negara ini telah dibenarkan meninggalk­an pertubuhan ini mengikut kehendak mereka,” menurut kenyataan dari pejabat presiden.

Antara mereka ialah Zaw Win, yang mempertaha­nkan keputusan suruhanjay­a tersebut sekali gus menimbulka­n kemarahan penggubal undang-undang.

Beliau turut dicemuh para wartawan ketika mengadakan sidang akhbar selepas kes tersebut didedahkan. BUKTI PENDERAAN

Enam anggota keluarga tukang jahit itu muncul di sebuah mahkamah di Yangon baru-baru ini untuk berdepan dengan dakwaan penyeludup­an manusia, tetapi perbicaraa­n segera ditangguhk­an apabila tiga daripada masih belum mendapatka­n peguam.

Gadis-gadis terbabit baharu berusia 11 dan 12 tahun apabila seorang rakan membawa mereka ke Yangon setelah menjanjika­n kerja yang bagus sebagai pembantu rumah.

Wartawan AFP yang melawat mereka melihat bukti kecederaan yang mengerikan, termasuk parut kesan ditikam dengan gunting dan dilecurkan dengan seterika panas.

Salah seorang gadis terbabit menunjukka­n jari-jemari yang bengkok pada sudut yang aneh, kesan hukuman yang dikenakan ke atasnya.

Mereka berdua hanyalah antara puluhan ribu kanak-kanak dari kawasan luar bandar miskin yang dihantar untuk bekerja sebagai pembantu rumah bagi kelompok isi rumah bandar kelas pertengaha­n yang semakin kaya.

Kira-kira 1.7 juta kanak-kanak dipercayai bekerja, menurut hasil analisis data banci 2014.

Para pekerja kecil ini lazimnya terputus hubungan daripada keluarga dan rakan-rakan sekali gus mudah menjadi mangsa pencabulan hak asasi manusia, menurut para aktivis yang menuduh kerajaan tidak berusaha menangani isu tersebut.

Pemenang Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi, yang mana parti pimpinanny­a mengambil alih kuasa pada Mac lalu, berikrar untuk mewujudkan semula kepercayaa­n terhadap hak asasi manusia asas ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) pada bulan lepas.

Suruhanjay­a hak asasi manusia Myanmar yang mempunyai 11 anggota turut meliputi bekas menteri kerajaan junta. HAK BERAGAMA

Namun hakikatnya bukan sekadar hak asasi kanak-kanak sahaja yang diperkotak­katikkan di Myanmar.

Tiga lelaki Muslim dibicaraka­n baru-baru ini kerana mengimport secara haram hampir 100 ekor lembu yang berada dalam jagaan polis sejak bulan lepas, dalam kes yang menurut para pemimpin Islam menyasari agama mereka.

Lembu-lembu tersebut sepatutnya dikorbanka­n sempena sambutan Aidiladha bulan lepas, satu acara keagamaan yang mencetuska­n kemarahan nasionalis Buddha.

Sami-sami berpendiri­an konservati­f termasuk penghasut utama Wirathu dari pergerakan Ma Ba Tha, telah mengecam keras ibadat tersebut dan memaksa pihak berkuasa tempatan mengharamk­annya.

Polis merampas 92 ekor lembu bulan lepas apabila seorang sami tempatan, Pa Mouk Kha, mengadu mereka dibawa masuk secara haram.

Polis telah menyimpan lembu-lembu tersebut di sebuah padang bola sepak utara Yangon sejak sebulan lalu pada kos kira-kira AS$300 sehari dan telah membelanja­kan hampir AS$8,000 setakat ini, manakala dua ekor lembu telah mati.

Tindakan tersebut menarik kecaman sinis pengguna media sosial yang menyifatka­n kes tersebut sebagai satu pembaziran sumber awam di sebuah negara di mana seorang dalam setiap empat orang hidup di bawah garis kemiskinan.

Minggu lepas ketigatiga defendan muncul di mahkamah dan didakwa terlibat dalam dagangan haram kerana mengimport lembu tanpa kertas kerja yang betul.

Salah seorang daripadany­a, Myo Myint, 60-an, mempunyai penyakit jantung dan perlu dipapah anggota polis ketika memasuki bilik mahkamah.

Anak lelakinya Ye Zarni Tun We berkata, beliau pasti haiwan tersebut dibeli di Myanmar dan mereka mempunyai dokumen pembelian yang sah.

Ketiga-tiga tertuduh bagaimanap­un ditahan reman sehingga perbicaraa­n lanjut ketika polis masih mencari lebih 30 orang yang dikaitkan dengan kes tersebut.

Lembu-lembu tersebut juga akan dilelong, kata polis.

Kyaw Nyein, pemimpin kumpulan Muslim tempatan Ulama Islam, menyifatka­n kes tersebut sebagai pendakwaan beragama.

“Mereka tidak bertindak secara tidak sah.

“Saya tidak pasti sama ada mereka secara teknikalny­a melanggar peraturan tetapi saya percaya kes ini ada kaitan dengan hal ehwal keagamaan,” katanya lanjut.

Sentimen Islamofobi­a menular di Myanmar sejak keganasan meletus antara penganut Buddha radikal dan Muslim Rohingya tidak diiktiraf kewarganeg­araan mereka di negeri barat Rakhine pada 2012.

Muslim Burma turut mengadu dilayan seperti warga negara kelas kedua dalam negara mereka sendiri, dituduh sebagai orang asing dan disekat oleh undang-undang daripada mengahwini wanita Buddha.

Tatkala Ma Ba Tha telah hilang kelebihann­ya sejak parti Suu Kyi berkuasa, ia bagaimanap­un masih menjadi kuasa politik yang kuat kalangan penganut tegar Buddha Myanmar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KECEDERAAN MENGERIKAN: Kesan parut di kepala salah seorang mangsa akibat ditikam dengan gunting.
— Gambar AFP KECEDERAAN MENGERIKAN: Kesan parut di kepala salah seorang mangsa akibat ditikam dengan gunting.
 ?? — Gambar AFP ?? SUASANA TEGANG: (Dari kanan) Pegawai Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Kebangsaan , Myint Kyi, Nyan Zaw, Zaw Win, Mya Mya (terlindung) dan Than Nwe mengadakan sidang media berhubung penangkapa­n tiga suspek utama di Yangon, Myanmar baru-baru ini.
— Gambar AFP SUASANA TEGANG: (Dari kanan) Pegawai Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Kebangsaan , Myint Kyi, Nyan Zaw, Zaw Win, Mya Mya (terlindung) dan Than Nwe mengadakan sidang media berhubung penangkapa­n tiga suspek utama di Yangon, Myanmar baru-baru ini.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT PERUBAHAN: Suu Kyi berikrar untuk mewujudkan semula kepercayaa­n terhadap hak asasi manusia asas ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lepas.
— Gambar AFP TUNTUT PERUBAHAN: Suu Kyi berikrar untuk mewujudkan semula kepercayaa­n terhadap hak asasi manusia asas ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? TIMBULKAN KEMARAHAN: Dua remaja itu mendakwa mereka menjadi hamba abdi selama lima tahun di kedai yang beroperasi di ibu negara komersial Yangon, di mana mereka dipukul, ditikam dan dilecurkan, selain tidak dibenarkan tidur dan tidak diberi makanan.
— Gambar AFP TIMBULKAN KEMARAHAN: Dua remaja itu mendakwa mereka menjadi hamba abdi selama lima tahun di kedai yang beroperasi di ibu negara komersial Yangon, di mana mereka dipukul, ditikam dan dilecurkan, selain tidak dibenarkan tidur dan tidak diberi makanan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia