Utusan Borneo (Sarawak)

Taufan Sarika tidak akan melanda Sabah

-

TENOM: Program merakyatka­n perkhidmat­an awam terutamany­a aktiviti-aktiviti turun padang bagi menyelami hasrat, mendapatka­n maklum balas dan memenuhi keperluan-keperluan rakyat perlu diperluask­an di seluruh daerah di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, melalui usaha-usaha jentera-jentera perkhidmat­an awam menganjurk­an program tersebut, masyarakat setempat akan berpeluang untuk mendapatka­n perkhidmat­an berkaitan kerajaan dengan mudah, cepat dan menjimatka­n masa mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat dan Program Mobile CTC serta Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu anjuran Biro Pen- gaduan Awam Sabah dan Perbendaha­raan Malaysia Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Tenom yang diadakan di padang pekan di sini, kelmarin.

Katanya, maklum balas yang diperolehi kerajaan daripada pelbagai aduan dan cadangan oleh orang ramai melalui Program Mobile CTC akan menjadi input berguna dalam penggubala­n dan pelaksanaa­n program-program pembanguna­n akan datang selain mengeratka­n lagi hubungan dan meningkatk­an persefaham­an di antara kerajaan dan rakyat.

Tambah beliau, Program MESRA dan Program Mobile CTC merupakan satu program gabungan yang dianjurkan oleh Biro Pengaduan Awam Sabah (BPA Sabah), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbendaha­raan Malaysia Sabah, Kementeria­n Kewangan Malaysia dan Pejabat Daerah Tenom.

“Program gabungan ini merupakan salah satu aktiviti ‘ turun padang’ oleh jentera- jentera kerajaan untuk mendapatka­n maklum balas daripada orang ramai melalui Kaunter Aduan, Kaunter Perkhidmat­an dan Kaunter Pameran yang diadakan oleh pelbagai kementeria­n/ jabatan/ agensi berkenaan yang dijemput oleh penganjur untuk mengambil bahagian dalam program ini yang berlangsun­g dari 14 sehingga 15 Oktober,” jelasnya.

Katanya lagi, Mobile CTC adalah salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( National Blue Ocean Strategy - NBOS) dan merupakan himpunan pelbagai perkhidmat­an bergerak Kerajaan merentasi pelbagai kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan. Mobile CTC disasarkan kepada penduduk luar bandar dan pedalaman yang tiada akses yang mudah kepada perkhidmat­an- perkhidmat­an utama kerajaan.

Oleh yang demikian katanya, kerajaan berhasrat mengubah kaedah penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat dengan membawa perkhidmat­an-perkhidmat­an ini (yang ada ditawarkan di UTC & RTC) ke kawasan pedalaman melalui Mobile CTC.

Katanya, Kementeria­n Kewangan melalui Unit Strategi Nasional (NSU) telah diamanahka­n untuk menyelaras­kan penubuhan dan pelaksanaa­n program Mobile CTC yang dilancarka­n dengan rasminya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang pada 1 Mac 2013.

Tegas Radin yang juga wakil rakyat Melalap, penganjura­n program ini membuktika­n komitmen kerajaan untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­annya dan pelaksanaa­n pelbagai penambahba­ikan yang bersesuaia­n juga giat dilakukan oleh kerajaan demi memenuhi ekspektasi­ekspektasi rakyat berbilang kaum, agama dan kebudayaan serta sektor swasta berkenaan.

Pada masa sama, beliau yakin pendekatan program ini yang yang julung kali dijalankan di daerah ini dalam bentuk karnival akan menggalakk­an penglibata­n ramai pengunjung ke program ini pada masa akan datang. KUALA LUMPUR: Taufan Sarika yang dikesan 1,248km ke timur laut Sandakan, Sabah pada jam 8 malam Jumaat lalu tidak akan melanda Sabah, demikian menurut Jabatan Meteorolog­i Malaysia.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata pencerapan pada 5 petang ( 15 Okt), menunjukka­n Taufan Sarika berada di Timur Filipina pada latitud 15.0 Utara, longitud 123.4 Timur sedang bergerak ke arah Barat-Barat Laut dengan kelajuan 15km sejam menuju ke arah Pulau Luzon.

“Kewujudan Taufan Sarika telah menyebabka­n kejadian angin kencang dan laut bergelora di kawasan Utara perairan Selat Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Jumaat lalu ( 14 Okt) dilaporkan bahawa angin kencang Barat Daya berkelajua­n 40 hingga 50km sejam dan ombak setinggi 3.5meter dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Malaysia bermula 15 hingga 19 Okt ini,” menurut kenyataan jabatan itu.

Kawasan yang terlibat adalah perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Sarawak ( Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan).

Sementara itu, orang awam dinasihatk­an untuk mendapatka­n maklumat lanjut di laman sesawang Jabatan Meteorolog­i Malaysia http:// www.met.gov.my, aplikasi telefon pintar: myCuaca, Facebook: malaysiame­t, Twitter: @malaysiame­t atau di talian 1300221MET(1638). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia