Utusan Borneo (Sarawak)

Kota Marudu sasar capai kebersihan persekitar­an

-

KOTA MARUDU: Orang ramai disaran agar sentiasa menjaga kebersihan demi mewujudkan persekitar­an yang bersih, kemas, bebas daripada kotoran sampah sarap demi mengelak terdedah kepada gejala penyakit.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Anita Baranting berkata orang ramai perlu menjaga persekitar­an sebagai langkah membantu kerajaan mengawal penyakit berbahaya seperti jangkitan virus Zika.

“Saya menyeru kepada semua pihak termasuk agensi awam dan swasta, badan bukan kerajaan, masyarakat niaga dan orang ramai agar sentiasa mengamalka­n kebersihan di dalam dan luar rumah,” kata Anita.

Anita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek berkata demikian ketika melancarka­n gotong-royong perdana di sini baru-baru ini sambil menyeru orang ramai memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan.

Anita menambah, pihaknya mengadakan pertanding­an keceriaan dan kebersihan kampung yang disertai 50 buah kampung bagi menanam sikap cintakan kebersihan dan persekitar­an yang ceria.

Sementara itu Anita meminta Majlis Daerah Kota Marudu agar menguatkua­sakan sabit kesalahan kepada orang- orang yang kurang bertanggun­gjawab terhadap kebersihan bagi mewujudkan tanggungja­wab bersama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Daerah, Dr Omar Kwang Kugan berkata setakat Januari – Ogos tahun ini terdapat 65 kes dilaporkan berkaitan kes bawaan nyamuk aedes namun menyatakan keadaan terkawal dan terbaru kes dikesan di Kampung Samparita dan Kampung Talas.

Tinjauan media yang diwakili penulis bebas, Benjohn Simbaku dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu, Jaipin Minsu mendapati tahap kebersihan di kawasan pekan masih memerlukan komitmen tambahan dalam kalangan orang ramai khususnya di halaman premis perniagaan, tandas restoran dan tandas awam.

Jaipinn memberitah­u pihaknya ada mengeluark­an kompaun kepada beberapa pesalah kebersihan di samping membuat pemeriksaa­n berkala di kedai-kedai makan dan menanda aras tahap kebersihan dengan menempelka­n pelekat setiap enam bulan.

Gotong- royong tersebut disertai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan melibatkan pembersiha­n dan hampir semua zon pekan.

 ??  ?? JAGA KEBERSIHAN: Anita melancarka­n gotong-royong perdana di Kota Marudu.
JAGA KEBERSIHAN: Anita melancarka­n gotong-royong perdana di Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia