Utusan Borneo (Sarawak)

Pertimbang semula pendidik pusat asuhan miliki diploma

-

MELAKA: Persatuan Pendidik Taska dan Tadika Malaysia ( PPTTM) meminta kerajaan mempertimb­angkan semula syarat wajib bagi pendidik di pusat asuhan di negara ini memiliki kelulusan sekurang- kurangnya diploma ekoran terdapat beberapa kekangan terutama faktor gaji.

Pengarah PPTTM Rozita Kamil berkata gaji minimum RM1,000 yang diperoleh rata-rata pendidik di pusat asuhan terutama di taska dan tadika swasta juga menyukarka­n warga pendidik institusi berkenaan untuk menyambung pengajian di peringkat diploma disebab- kan yuran pengajian yang agak tinggi.

“Saranan kerajaan supaya setiap pendidik atau guru di taska atau tadika di negara ini memiliki diploma adalah sangat baik selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan bakal pewaris negara menerima pendidikan awal yang sempurna.

“Tetapi bagaimana kita pastikan aspirasi berkenaan dapat direalisas­ikan dengan baik dan tidak membebanka­n mana- mana pihak terutama di peringkat pendidik, pengusaha taska dan ibu bapa,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perdana Pendidik Awal Kanak-Kanak (APPAKK) 2.0 di sini, kelmarin.

Majlis dihadiri kira-kira 1,000 pendidik taska dan tadika dari seluruh negara itu disempurna­kan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB) Tan Sri Mohd Ali Rustam dan seramai 419 pendidik menerima anugerah yang terdiri daripada Anugerah Pendidik Harapan, Anugerah Pendidik Berpotensi, AnugerahPe­ndidik Taat Setia, Anugerah Pendidik Aspirasi dan Anugerah Perdana (APPAKK) 2.0.

Dilaporkan sebelum ini Kementeria­n Pendidikan mewajibkan guru yang mengajar di pusat asuhan kanakkanak dan prasekolah memiliki kelulusan sekurangku­rangnya diploma mulai tahun 2020 dan peraturan tersebut melibatkan semua pusat asuhan dan prasekolah di bawah agensi kerajaan dan swasta.

Mengulas lanjut, Rozita berkata syarat berkenaan juga secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pengusaha taska dan tadika di negara ini kerana mereka terpaksa mengeluark­an belanja yang besar sekiranya ingin mengekalka­n pendidik yang ada di institusi mereka dengan membantu membiayai yuran pengajian golongan berkenaan.

Beliau berkata namun sekiranya pengusaha tidak mampu untuk menanggung kos tersebut, mereka terpaksa memberhent­ikan pendidik yang ada walaupun golongan berkenaan telah lama berkhidmat dan berpengala­man dalam bidang pendidikan awal.

“Situasi ini juga akan menyebabka­n yuran di taska dan tadika akan meningkat selaras dan menyebabka­n ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai terbeban dan tidak berkemampu­an untuk menghantar anak mereka di pusat asuhan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata PUNB sentiasa terbuka untuk memberi pinjaman kepada golongan pengusaha taska dan tadika untuk membuka atau memperluas­kan perniagaan dalam industri perkhidmat­an pendidikan awal.

“Setiap tahun PUNB memperuntu­kan RM250 juta untuk pinjaman dalam pelbagai indutri atau bidang perniagaan dan ia termasuk dalam industri pendidikan kerana pendidikan awal adalah penting untuk memastikan anak-anak mendapat didikan atau ilmu yang sempurna,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia