Utusan Borneo (Sarawak)

HRPB, hospital pertama tawar pembedahan akupunktur anestesia

-

IPOH: Hospital Raja Per- maisuri Bainun ( HRPB) merupakan satu- satunya hospital awam di negara ini yang menawarkan rawatan pembedahan akupunktur anestesia.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata perkhidmat­an itu disediakan di hospital berkenaan pada 2013 dan sejak itu ia menerima kirakira 50 pesakit setahun.

Katanya rawatan berkenaan memerlukan pesakit menerima bius keseluruha­n atau ‘ditidurkan’ sepanjang pembedahan dan penjag- aan selepas prosedur juga mudah.

“Kebanyakan­nya rawatan ini dijalankan ke atas mereka yang mempunyai masalah ketumbuhan pada payudara, tiroid, penyakit berkaitan saraf atau mereka yangdidiag­nos mengalami pendarahan.

“Pesakit hanya perlu datang pada waktu pagi hari pembedahan, lakukan pembedahan dan pulang dan ini secara tidak langsung mengurangk­an masa di hospital serta kos rawatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Anestesia 2016 peringkat negeri anjuran HRPB, di sini semalam.

Terdahulu, pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan selama sehari itu seperti senaman aerobik, pameran anestesia, saringan pemeriksaa­n perubatan asas, simulasi pemnedahan serta kuiz.

Katanya bidang anestesiol­ogi pada dasarnya memberi rawatan di bilik pembedahan, menjalanka­n pembedahan harian, mengendali­kan Unit Rawatan Rapi, klinik anestesia rawatan sakit akut dan sakit kronik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia