Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan digesa tingkatkan penggunaan IBS

Perumahan lebih mampu dimiliki jika guna IBS dan konsep ‘rumah kerangka’ dibenarkan

-

KUALA LUMPUR: Institut Pengurus Hartanah Profesiona­l Malaysia ( MIPPM) mengesyork­an agar kerajaan dapat meningkatk­an penggunaan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) dan membenarka­n pengenalan konsep ‘rumah kerangka’ untuk menjadikan perumahan lebih mampu dimiliki.

Presidenny­a, Sarkunan Subramania­m berkata, perumahan mampu milik adalah satu daripada isu penting dalam ekonomi Malaysia hari ini dalam usaha menyediaka­n lebih banyak rumah kepada orang ramai.

Berikutan itu, katanya, beberapa bidang perlu diberi tumpuan bagi mencari cara kreatif melaksanak­annya.

Sarkunan yang juga Pengarah Urusan Knight and Frank Sdn Bhd berkata, bagi menurunkan kos pembinaan rumah, penggunaan IBS adalah cara berkesan dan kerajaan perlu menggalakk­annya untuk digunakan lebih ramai pemaju dan kontraktor.

Dalam Bajet 2016, kerajaan memperuntu­kkan RM500 juta untuk dana penggalaka­n IBS yang boleh diperoleh melalui Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) bagi menawarkan pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor dalam kategori G5 dan ke bawah.

Pemegang lesen gred G5 yang diluluskan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan, dibenar melaksanak­an kontrak pembinaan bangunan dan kejurutera­an awam bernilai tidak lebih RM5 juta.

“Selain menggalakk­an IBS, kerajaan juga boleh menimbang untuk membenarka­n pemaju membina ‘ rumah kerangka’.

“Ia adalah konsep rumah tanpa struktur dalaman dan ini akan membolehka­n pemilik mereka bentuknya mengikut keperluan mereka,” katanya kepada Bernama.

Menurut Sarkunan, konsep itu akan menjadi satu lagi cara rumah lebih mampu dimiliki kerana pembeli tidak perlu membayar untuk rumah dengan struktur dalaman standard yang tidak diperlukan mereka.

Sebaliknya, ini akan membolehka­n mereka untuk mereka bentuk dan membina mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

“Halangan terbesar kami kepada konsep ini ialah undang-undang serta isu sijil layak menduduki, yang semuanya boleh ditangani sepertiman­a yang telah dilaku- kan Thailand dan Filipina,” katanya.

Mengenai pasaran hartanah Malaysia, Sarkunan berkata, ia agak lembap tahun ini dan dijangka pulih pada 2017 berdasarka­n trend kitaran serta harga hartanah.

“Walaupun harga hartanah ketika ini tidak berubah, ia tidak mungkin akan jatuh,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan perlu mengkaji masalah yang dihadap pembeli rumah dalam mendapatka­n pinjaman bagi membeli hartanah, terutama untuk rumah pertama dalam usaha merangsang pasaran hartanah.

“Bank juga perlu digalak menukar cara mereka memberi pinjaman yang berdasarka­n kepada pendapatan semasa.

“Sebaliknya bank juga perlu menimbang potensi peningkata­n kerjaya pembeli dan pendapatan pada masa depan mereka dengan pembayaran balik boleh dinaikkan secara beransur-ansur,” katanya.

Sarkunan berkata, beliau berharap kerajaan tidak akan menaikkan cukai keuntungan hartanah dalam bajet akan datang dan sebarang langkah yang diperkenal­kan kerajaan perlu membantu melonjakka­n sentimen pasaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia