Utusan Borneo (Sarawak)

CGC lakukan penjenamaa­n semula agar lebih dikenali

-

IPOH: Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd (CGC) kini sedang melakukan penjenamaa­n semula sebagai usaha memastikan perbadanan itu lebih dikenali ramai, kata Ketua Pegawai Kewanganny­a Syed Naufal Shahabudin.

Beliau berkata walaupun telah wujud lebih 40 tahun dan menjamin lebih 430,000 pinjaman bernilai lebih RM56 bilion namun masih ramai yang tidak menyedari fungsi CGC terutamany­a dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kita telah lama wujud tapi masih ramai lagi belum mengenali dan mengetahui apa itu CGC, jadi kita sedang cuba baiki ‘penjenamaa­n’ kita untuk orang ramai mengenali dan memahami kewujudan CGC,” katanya kepada Bernama, di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas menyampaik­an sumbangan Deepavali berbentuk baucar membeli belah bernilai RM350 setiap satu kepada 73 penerima termasuk ibu tunggal sempena Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) CGC.

Objektif CGC yang ditubuhkan pada 1972 ialah membantu PKS dengan menawarkan perlindung­an jaminan, terutamany­a mereka yang tidak cukup cagaran atau tidak mempunyai cagaran, bagi membolehka­n mereka mendapat kemudahan kredit daripada institusi kewangan pada kos munasabah.

Sementara itu, ketika ditanya sasaran 8,650 kelulusan pinjaman bernilai RM4 bilion untuk tahun ini, Syed Naufal berkata pihaknya yakin ia mampu dicapai dengan adanya pengenalan produk baharu.

Menurutnya, CGC sentiasa memperkena­lkan produk pembiayaan yang sesuai dengan keadaan semasa seperti BizMula-I dan BizWanita-I yang mana kedua- duanya mendapat sambutan memberangs­angkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia