Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan emas diniaga lebih rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan lebih baik minggu ini, dipengaruh­i oleh prestasi pasaran tunai pendasar.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan berkata sentimen pasaran akan disokong oleh pembentang­an Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

“Indeks petunjuk pasaran itu dijangka mengambil kesempatan daripada sentimen bajet,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Oktober 2016 dan November 2016 turun 11 mata setiap satu masing-masing kepada 1,655.5, Disember 2016 susut 9.5 mata kepada 1,655.5 dan Mac 2017 berkuranga­n 8.5 mata kepada 1,645.

Jumlah dagangan meningkat kepada 28,002 lot daripada 21,649 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 41,111 kontrak berbanding 37,513 kontrak sebelumnya.

FBM KLCI petunjuk pasaran turun 6.41 mata untuk mengakhiri minggu lepas kepada 1,658.97 berbanding 1,665.38 Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif diramal diniaga lebih rendah minggu ini, diseret turun oleh keyakinan yang Rizab Persekutua­n AS menimbang untuk mengkaji semula kadar faedah menjelang akhir tahun.

Peniaga berkata, pelabur percaya terdapat 70 peratus peluang yang Rizab Persekutua­n menimbang menaikkan kadar feadah pada Disember semasa mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n.

“Emas amat sensitif kepada kenaikan kadar faedah AS kerana ia akan meningkat kos melepas memegang emas,” katanya.

Untuk minggu baharu berakhir, kontrak niaga hadapan emas diniagakan lebih tinggi, berikutan persekitar­an luaran yang lembap, dengan itu meningkatk­an minat terhadap logam berharga tersebut.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Oktober 2016, November 2016, Disember 2016 dan Januari 2017 naik 21 mata tiap satu masing-masing kepada RM169.40, RM169.80, RM170.15 dan RM170.30 segram.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 45 lot bernilai RM767,095 berbanding 105 lot bernilai RM1.78 juta minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka turun kepada 270 kontrak berbanding 284 kontrak sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia