Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM dijangka meningkat

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka berada pada trend meningkat minggu ini walaupun gambaran lembap ketika kesan El-Nino lenyap.

Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group, Jim Teh memberitah­u Bernama yang pelabur gembira kerana harga MSM akan berkisar antara RM2,500 dan RM2,600 satu tan metrik minggu ini.

Bercakap pada Pesta Dagangan dan Seminar Minyak Sawit Malaysia baru-baru ini, Ketua Perladanga­n Serantau CIMB Securities, Ivy Ng meramalkan ‘tanaman emas’ itu akan diniagakan antara RM2,400 dan RM2,800 satu tan metrik sehingga akhir tahun ini, bergantung kepada prestasi ringgit.

Sementara itu, Pengerusi LMC Internatio­nal Ltd yang berpangkal­an di United Kingdom, James Fry berkata, harga MSM akan diniagakan antara AS$ 675 ( RM2,830) dan AS$ 700 (RM2,934) satu tan metrik dalam tempoh November hingga Disember.

Harga akan meningkat seketika pada tempoh Januari hingga Februari tahun depan berikutan kejatuhan stok Lembaga Minyak Sawit Malaysia disebabkan pengeluara­n bulanan lebih rendah bermusim, tambahnya.

Ng berkata, harga akan susut kepada AS$600 (RM2,515) satu tan metrik pada separuh kedua 2017 dengan pengeluara­n dan stok di Asia Tenggara melonjak ketika kesan El-Nino hilang.

El-Nino yang menyebabka­n kemarau panjang awal tahun ini telah menjejaska­n hasil kelapa sawit.

Ramalan Fry berdasarka­n unjuran harga minyak mentah Brent US$45 setong.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Oktober 2016 merosot RM125 kepada RM2,650 satu tan metrik, November 2016 jatuh RM110 kepada RM2,570 satu tan metrik, Disember 2016 turun RM75 kepada RM2,561 satu tan metrik dan Januari 2017 berkurang RM52 kepada RM2,570 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan lebih rendah kepada 239,268 lot berbanding 243,203 lot pada Jumaat manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 245,035 kontrak berbanding 243,029 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Oktober Selatan menambah RM10 kepada RM2,710 satu tan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia