Utusan Borneo (Sarawak)

Barat laut AS dibadai saki-baki Taufan Songda

-

SEATTLE: Bahagian Barat Laut Pasifik AS telah dilanda oleh angin dan hujan ketika saki- baki serangan taufan bergerak ke perairan kelmarin, menumbangk­an pokok-pokok yang menimpa bangunan dan menghalang jalan raya, serta memutuskan bekalan elektrik bagi berpuluh ribu orang pengguna elektrik.

Anginberti­upkuatdanh­ujan lebat melanda kawasan pantai dari wilayah Washington ke utara California ketika pihak berkuasa memberikan amaran kemungkina­n banjir, namun tiada kecederaan telah dilaporkan sehingga petang kelmarin.

Perkhidmat­an Cuaca Negara menyatakan angin sekuat 40 batu sejam telah melanda melalui sebahagian besar kawasan Puget Sound, di mana para penduduk berdepan dengan apa yang digeruni segelintir sebagai satu serangan ribut hujung minggu bersejarah.

“Kami mungkin telah melepasi kemuncak bagi angin tersebut, walaupun angin masih lagi bertiup pada bila-bila masa di sepanjang pantai,” menurut ahli meteorolog­i Perkhidmat­an Cuaca Negara Jared Guyer.

“Masalah perjalanan dan hujan lebat, selain angin kuat serta hujan dijangka berlaku hingga minggu depan.”

Beberapa imej dalam media sosial menunjukka­n pokok tumbang, serpihan dan rumah serta kereta yang ditimpa pokok di beberapa komuniti di barat Washington dan Oregon.

Pihak berkuasa transit di wilayah Washington menutup jalan raya di beberapa daerah akibat pokok tumbang atau banjir.

Lebih 4,200 pengguna terputus bekalan elektrik di kawasan Seattle, lapor syarikat utiliti Seattle City Light.

Puget Sound Energy melaporkan lebih 16,700 pe n g g u n a te r p u t u s bekalan elektrik di barat Washington.

Di barat laut Oregon, lebih 20,000 pengguna terputus bekalan elektrik, kata Portland General Electric.

“Sekiranya anda tidak perlu berada di luar dan ketika angin kuat, lebih baik anda berada di dalam rumah sahaja,” kata Matthew Cullen, ahli meteorolog­i di Perkhidmat­an Cuaca Negara di Portland, Oregon.

Hujan sehingga dua inci atau lebih diramalkan bagi kawasan pantai dari wilayah Washington ke utara California ketika saki-baki Taufan Songda membadai.

Seattle mengalami hujan selama dua hari berjumlah 3.11 inci ekoran pusingan pertama Songda, lebih seinci daripada jumlah yang direkodkan sepanjang Julai sehingga September.

Kelmarin adalah hari kedua ribut kuat di sekitar wilayah di mana Jumaat lepas, penduduk pantai Manzanita di Oregon dan Oceanside dilanda dua sengkayan yang muncul di pantai sebagai puting beliung.

Manzanita memusnahka­n empat bangunan dan merosakkan 120 buah lagi, namun tiada kecederaan dilaporkan, menurut Cullen, — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia