Utusan Borneo (Sarawak)

Ramaphosa sokong menteri kewangan yang didakwa rasuah

-

JOHANNESBU­RG: Timbalan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyuaraka­n sokongan buat Menteri Kewangan Pravin Gordhan semalam dan menyifatka­n dakwaan penipuan yang dikemukaka­n terhadapny­a tidak seharusnya menjejaska­n usaha beliau untuk memulihkan ekonomi.

Pihak pendakwa raya telah mengarahka­n Gordhan untuk hadir di mahkamah pada bulan depan, dalam apa yang dikatakan penyokongn­ya sebagai sebahagian rancangan untuk menjatuhka­n seorang lelaki yang telah menolak sekutu rapat kepada Presiden Jacob Zuma.

“Beberapa kejadian sepanjang beberapa hari lepas berkaitan dengan saman dilakukan terhadap Menteri Kewangan Pravin Gordhan telah menjadi kebimbanga­n kepada ramai penduduk Afrika Selatan dari seluruh bahagian masyarakat,” menurut Ramaphosa, yang telah dilihat sebagai pesaing kuat untuk menggantik­an Zuma apabila penggal beliau tamat.

“Saya memberi sokongan padu kepada menteri Gordhan ketika beliau berdepan dengan dakwaan dikemukaka­n terhadapny­a oleh pendakwa raya persekutua­n,” tambah Ramaphosa.

Ramaphosa menyatakan dakwaan diumumkan ketika Gordhan bersedia untuk mengemukak­an kenyataan bajet pertengaha­n penggal pada 26 Oktober.

Tindakan perundanga­n itu mengejutka­n pasaran dan menjejaska­n nilai rand.

Kongres Negara Afrika (ANC) mengalami keputusan pilihan raya tempatan terburukny­a Ogos lepas, meluaskan jurang dalam parti pemerintah. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia