Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah denda gereja atas pencabulan

-

BUENOS AIRES: Sebuah mahkamah di Buenos Aires kelmarin mengarahka­n Gereja Katolik untuk membayar pampasan AS$50,000 kepada seorang bekas anggota seminari yang mendakwa dicabul kira-kira 25 tahun lepas oleh seorang ketua uskup Argentina.

Keputusan mengejut itu adalah keputusan mahkamah sivil yang pertama terhadap majoriti gereja Roman Katolik di Argentina, menurut pakar perundanga­n.

Mahkamah mengeluark­an arahan pampasan 756,000 peso dalam kes seorang pelajar teologi di wilayah Santa Fe, yang mendakwa menjadi mangsa mendiang Uskup Agung Edgardo Storni.

Pelajar seminari Ruben Descalzo memfailkan saman mendakwa telah diserang secara seksual oleh Storni pada 1992.

Mahkamah pada 2009 mendapati Storni bersalah atas dakwaan serangan seks dan menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun, namun hukuman itu dibatalkan dua tahun kemudian oleh mahkamah rayuan.

Hukuman itu dihantar balik ke mahkamah rendah yang diarah menjatuhka­n hukuman baharu terhadap Storni, yang mati sebelum mahkamah dapat bertindak.

Storni mati pada 2012, pada usia 75 tahun tanpa mengakui jenayah yang dituduh terhadapny­a.

Dia meletak jawatan pada 2002 sebelum mengasingk­an diri di hartanah milik ketua diosis.

Keputusan mahkamah kelmarin telah mengarahka­n pihak gereja untuk membayar denda tersebut dalam tempoh 10 hari.

Setakat ini tidak diketahui sama ada pihak gereja merancang untuk memfailkan rayuan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia