Utusan Borneo (Sarawak)

Lumba renang antarabang­sa Hong Kong berakhir dengan kematian

-

HONG KONG: Seorang perenang lemas semalam di Hong Kong dan seorang lagi dalam keadaan kritikal setelah menyertai lumba renang rentas pelabuhan tahunan di bandar raya itu yang turut menarik peserta antarabang­sa berkelas dunia.

Me d i a te m p a t a n melaporkan bahawa mangsa yang maut dikejarkan ke hospital sejurus dikeluarka­n dalam keadaan tidak sedarkan diri dari dalam air oleh bot penyelamat.

Mangsa terbabit dilaporkan berusia 40-an.

Sementara itu, seorang wanita berusia 60- an dikeluarka­n dalam keadaan sama di lokasi berlainan dan kini dilaporkan dalam unit rawatan rapi di hospital.

Lumba renang sepanjang 1.5 kilometer itu menyaksika­n 3,000 peserta berenang antara dua dermaga di bahagian bertentang­an pelabuhan tersohor Hong Kong, peningkata­n sebanyak 500 orang berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan.

Sesetengah media tempatan mempersoal mengapa hanya 10 pengawal keselamata­n tambahan dikerahkan apabila peserta meningkat begitu ramai.

Terdapat sejumlah 120 pengawal keselamata­n yang bertugas pada acara tersebut, menurut laporan badan penyiaran RTHK dalam laman sesawangny­a.

Para perenang dibahagika­n kepada kumpulan lumba dan rekreasi, di mana kedua-dua mangsa menyertai kategori santai untuk perenang yang lebih perlahan, menurut laporan.

Pe r s a t u a n Re n a n g Amatur Hong Kong yang menganjurk­an acara tersebut dan penaja kejuaraan New World Developmen­t mengeluark­an kenyataan meluahkan kekesalan mereka atas insiden yang disifatkan sebagai kemalangan tragik.

“Peserta telah diselamatk­an tetapi cubaan untuk menyedarka­nnya semula gagal dan mangsa akhirnya meninggal dunia,” menurut kenyataan tersebut lanjut.

Ia merupakan kematian pertama dalam acara tersebut sejak ia dianjurkan semula pada 2011 setelah penangguha­n selama 30 tahun, menurut laporan media.

Penangguha­n puluhan tahun tersebut adalah ekoran kebimbanga­n berhubung tahap pencemaran dalam air di pelabuhan.

Perenang Amerika Charles Peterson merangkul kejuaraan lelaki dalam tempoh 16 minit 44 saat sahaja pada tahun ini.

Pemenang pingat emas renang perairan terbuka 10 kilometer Olimpik Rio, Sharon van Rouwendaal dari Belanda, merangkul kejuaraan wanita. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERAKHIR TRAGIK: Seorang perenang ditarik ke atas bot penyelamat dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa acara lumba renang di Hong Kong, semalam di mana mangsa kemudianny­a maut di hospital.
— Gambar Reuters BERAKHIR TRAGIK: Seorang perenang ditarik ke atas bot penyelamat dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa acara lumba renang di Hong Kong, semalam di mana mangsa kemudianny­a maut di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia