Utusan Borneo (Sarawak)

Ban lawat wilayah terjejas taufan di Haiti

Setiausaha Agung PBB itu ikrarkan sokongan dan rayu bantuan buat mangsa bencana

- Muka

PORT-AU- PRINCE: Setiausaha Agung PBB Ban Ki- moon kelmarin menyuaraka­n kebimbanga­n dengan kemusnahan berpunca daripada taufan kuat di Haiti, melancarka­n rayuan segera bagi bantuan kecemasan ketika beliau melawat wilayah paling teruk terjejas di negara Caribbean itu.

“Saya berasa sangat, sangat sedih ketika kami melihat kemusnahan sepenuhnya namun penduduk dunia ada di samping anda,” kata ketua PBB itu dalam bahasa Perancis, selepas penerbanga­n dengan helikopter ke bahagian selatan negara.

“Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu berada di samping anda.

“Kami akan mengarahka­n semua sumber bagi membantu anda,” tambah beliau ketika tiba di sebuah sekolah tinggi di bandar Les Cayes, salah satu kawasan paling terjejas oleh Taufan Matthew ketika ia melanda kawasan pantai pada 4 Oktober, membawa angin selaju 145 batu sejam.

Sekurang-kurangnya 546 maut dan lebih 175,000 orang hilang rumah.

Jalan raya dibersihka­n, dahan dan batang pokok bertimbun tinggi di tepi jalan dan kedai-kedai dibuka semula menjelang lawatan Ban yang disambut mesra di Sekolah Tinggi Lycee Philippe Guerrier, yang dihuni lebih 500 mangsa terselamat.

Beliau bercakap dengan seorang pemuda yang tercedera, sebelum menyeru mangsa: “Kembe fem” dalam bahasa Creole (yang bermaksud ‘bertahanla­h’).

Beliau kemudian pulang semula ke ibu negara Portau-Prince dengan menaiki helikopter.

Misi PBB di Haiti (MINUSTAH) menyatakan Ban telah bertemu dengan pihak berkuasa persekutua­n dan tempatan, selain wakil dari komuniti terjejas dan pasukan bantuan kemanusiaa­n.

Ban menyatakan pada Isnin lepas bahawa respons besarbesar­an diperlukan untuk menangani kemusnahan, dengan 1.4 juta orang memerlukan bantuan segera selepas bandar dan kampung hampir terhapus dari peta.

PBB melancarka­n rayuan kilat bagi AS$120 juta untuk membantu Haiti, negara termiskin di Hemisfera Barat, untuk menangani krisis kemanusiaa­n terburuk sejak gempa bumi pada 2010.

Namun setakat ini, hanya 12 peratus daripada dana yang diperlukan telah diraih bagi mengelak kebuluran dan masalah kesihatan serius, khususnya taun.

Selain kemusnahan rumah dan ladang, penduduk Haiti di kawasan yang teruk terjejas berdepan masalah kekurangan air simpanan, yang menyumbang kepada penyebaran penyakit.

Haiti sudah enam tahun dibelenggu wabak taun yang telah meragut hampir 10,000 nyawa, di sebalik usaha berterusan menanganin­ya.

Penyakit itu dibawa ke Haiti oleh tentera pengaman PBB dari Nepal, yang telah membantu dalam susulan selepas gempa bumi.

Pihak berkuasa melihat bukti peningkata­n kes taun sekali gus mendesak Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada minggu lepas untuk menghantar satu juta dos tambahan vaksin.

Pertubuhan Keselamata­n PBB pula bersetuju awal minggu ini untuk melanjutka­n kehadiran MINUSTAH sehingga April tahun depan bagi membantu menangani krisis pasca-Matthew.

Taufan turut menyebabka­n pegawai pilihan raya untuk mendesak pilihan raya presiden dan perundanga­n ditangguhk­an sehingga 20 November, susulan pengundian sebelum itu yang dibatalkan gara- gara keganasan dan penipuan besar-besaran. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BERTANYA KHABAR: Ban berbual dengan mangsa terselamat yang berlindung di Sekolah Tinggi Lycee Philippe Guerrier di Les Cayes, kelmarin.
— Gambar Reuters BERTANYA KHABAR: Ban berbual dengan mangsa terselamat yang berlindung di Sekolah Tinggi Lycee Philippe Guerrier di Les Cayes, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? KEGANASAN: Satu mayat diusung keluar kakitangan koroner daerah susulan kejadian tembakan di restoran Jamaica di West Adams, barat daya metro Los Angeles, kelmarin.
— Gambar AFP KEGANASAN: Satu mayat diusung keluar kakitangan koroner daerah susulan kejadian tembakan di restoran Jamaica di West Adams, barat daya metro Los Angeles, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia