Utusan Borneo (Sarawak)

Pergaduhan berdarah di LA, tiga terbunuh

- Muka

LOS ANGELES: Tiga orang terbunuh dan sekurangku­rangnya 12 orang lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak susulan satu pergaduhan di sebuah restoran Jamaica di Los Angeles, menurut pihak polis kelmarin.

Seorang suspek telah ditangkap dan pihak polis melancarka­n pemburuan terhadap seorang lagi berhubung insiden maut di West Adams, barat daya kawasan metro, menurut jurucakap Leftenan Chuck Springer.

Kira- kira jam 7 petang waktu tempatan, para penyiasat masih berada di tempat kejadian, dan mayat-mayat tersebut masih berada di dalam restoran yang beroperasi di sebuah rumah.

Seorang wanita dibawa keluar dan segera dikejarkan ke hospital berhampira­n.

“Pada hari ini, Los Angeles dikejutkan dengan satu kejadian tembak-menembak yang menakutkan di West Adams, contoh terbaharu epidemik keganasan senjata tidak berakal yang menyebabka­n kesakitan dan kesedihan dahsyat dalam bandar kita dan di seluruh negara,” menurut Datuk Bandar Eric Garcetti.

Tiada motif telah dikenal pasti.

“Ia adalah satu kejadian berdarah dengan kelongsong peluru berselerak­an,” jurucakap LAPD Sarjan Frank Preciado memberitah­u Los Angeles Times, sambil menambah 50 orang berada di dalam restoran ketika kejadian.

Ia merupakan kedai makan Jamaica yang terkenal yang sering mengadakan parti pada malam Jumaat, menurut Times. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia