Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket dadah lumpuh, ganja lebih 8kg dirampas

-

IPOH: Polis Perak berjaya melumpuhka­n kegiatan pengedaran dadah di sekitar bandar raya ini selepas menahan seorang lelaki bersama ganja seberat 8.09 kilogram di sini Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak ACP R. Ravi Chandran berkata suspek yang berumur 46 tahun itu ditahan di kawasan parkir sebuah hotel di Jalan Raja DiHilir kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, polis turut merampas sebuah beg daripada suspek yang mengandung­i ganja bernilai lebih RM16,000 dipercayai untuk diedar di sekitar Ipoh dan boleh digunakan oleh kira-kira 7,500 penagih.

“Kita dapat maklumat daripada orang awam mengenai adanya transaksi pengedaran dadah di kawasan itu. Sebelum suspek dapat ditahan, berlaku pergelutan antaranya dan polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini semalam.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah sebuah kereta jenis Hyundai Accent yang dilaporkan hilang pada 13 Ogos lalu.

Ravi berkata siasatan lanjut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamin­e dan turut mempunyai 12 rekod lampau yang hampir keseluruha­nnya berkaitan dadah.

Suspek kini direman enam hari mulai 14 Okt lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ravi menegaskan pihaknya masih giat mengesan saki-baki anggota sindiket pengedaran dadah itu selain sindiket dadah lain yang cuba bertapak di Ipoh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia