Utusan Borneo (Sarawak)

Akta MKN: Agong punyai kuasa isytihar darurat negara

Bagaimanap­un, baginda harus bertindak atas nasihat k’jaan

-

BANGI: Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) tidak mengambil kuasa Yang di- Pertuan Agong berhubung pengisytih­aran darurat kerana Seri Paduka mempunyai kuasa untuk mengisytih­arkan darurat negara.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata mengikut akta itu, perdana menteri pula hanya diberi kuasa untuk mengisytih­arkan darurat bagi ‘satu kawasan atau kawasan-kawasan tertentu’.

Ketika memberi penjelasan mengenai Akta MKN, beliau berkata Yang di- Pertuan Agong tidak mempunyai budi bicara untuk mengisytih­arkan darurat secara peribadi tetapi harus bertindak atas nasihat kerajaan.

“Ia bukanlah seperti apabila anda berhasrat mengisytih­ar-

Ia bukanlah seperti apabila anda berhasrat mengisytih­arkan (darurat), kemudian bertindak mengisytih­arkannya. Dalam konteks ini, Yang di-Pertuan Agong harus bertindak atas nasihat. Ini amat penting. Tan Sri Mohamed Apandi Ali Peguam Negara

kan (darurat), kemudian bertindak mengisytih­arkannya. Dalam konteks ini, Yang diPertuan Agong harus bertindak atas nasihat. Ini amat penting,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ceramah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundanga­n (ILKAP) di sini, semalam.

Akta MKN 2016, yang membolehka­n kerajaan mempunyai kuasa-kuasa darurat, berkuat kuasa pada 1 Ogos tahun ini.

Mohamed Apandi berkata sama seperti Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri juga tidak boleh sewenangwe­nangnya bertindak atas kemahuan sendiri untuk mengisytih­arkan darurat.

“Beliau (perdana menteri) akan bertindak atas nasihat Majlis ( MKN), yang terdiri daripada pelbagai pihak yang terlibat dalam perkaraper­kara berkaitan keselama- tan negara. Perdana menteri akan bertindak sewajarnya berdasarka­n nasihat yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata pihak berkenaan termasukla­h Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Setiausaha Negara.

Bagi perintah darurat oleh perdana menteri, Apandi menjelaska­n bahawa Parlimen tidak digantung dan akan terus bersidang.

“Mengikut akta itu, pengisytih­aran itu, yang akan berkuat kuasa selama enam bulan, hendaklah dibentangk­an dalam tempoh beberapa minggu di Parlimen.

“Ini untuk membolehka­n Ahli- ahli Parlimen membahaska­n sama ada wajar mengisytih­arkan darurat di kawasan tertentu atau sebaliknya,” kata beliau.

Peguam Negara menegaskan bahawa Akta MKN digubal untuk melindungi negara bagi memastikan keselamata­n dan ketenteram­an awam dikekalkan setiap masa dan dengan segera.

Mohamed Apandi berkata akta itu juga digubal berikutan beberapa realiti yang dihadapi oleh Malaysia, sambil merujuk kepada insiden penceroboh­an di Lahad Datu, Sabah pada 2013 sebagai contoh.

“Saya menarik perhatikan kepada keadaan Lahad Datu... dan untuk menangani keadaan itu, MKN berkuat kuasa demi memastikan rakyat Malaysia boleh hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiada motif terselindu­ng.

“Sekarang, kita mempunyai undang-undang yang sewajarnya dengan undang-undang itu membolehka­n angkatan tentera dikerah ke tempat kejadian penceroboh­an atau apa jua keadaan berbahaya, demi keselamata­n negara,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Mohamed Apandi ketika bercakap kepada media selepas menyampaik­an ucapan di seminar perundanga­n tertutup anjuran ILKAP di institut itu di Bangi, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Mohamed Apandi ketika bercakap kepada media selepas menyampaik­an ucapan di seminar perundanga­n tertutup anjuran ILKAP di institut itu di Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia