Utusan Borneo (Sarawak)

Rangka kereta, tong minyak jadi benteng

Setakat ini benteng tersebut mampu mengekang limpahan air laut ke kawasan kediaman

-

KUALA SELANGOR: Penduduk Bagan Sungai Janggut, Jeram di sini, menjadikan rangka kereta dan bekas tong minyak sebagai benteng menghalang air laut melimpah ke kawasan kediaman mereka berikutan fenomena air pasang besar.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n Tham Tian Hock, 56, berkata setakat ini benteng berkenaan mampu mengekang limpahan air laut akibat fenomena itu yang masuk hari kedua semalam.

“Benteng ini didirikan sejak tiga hari lepas...ini sahaja yang mampu kami buat sebagai persediaan dan langkah berjaga-jaga bagi mengawal limpahan air laut.

“Semalam (kelmarin) air laut tidak naik sampai ke darat tetapi bermula awal pagi tadi (semalam) air melimpah hingga ke pekarangan rumah penduduk. Sungguhpun begitu, air tidak melimpah dengan banyak sebab dihalang oleh benteng ini,” katanya kepada

Benteng ini didirikan sejak tiga hari lepas...ini sahaja yang mampu kami buat sebagai persediaan dan langkah berjagajag­a bagi mengawal limpahan air laut. Tham Tian Hock Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n

Bernama di sini, semalam.

Beliau bagaimanap­un berkata, penduduk kampung tetap berwaspada dan bersiap sedia berpindah ke pusat pemindahan banjir sekiranya benteng itu pecah, sekali gus tidak mampu menahan air laut daripada melimpah ke kawasan perumahan.

Seorang penduduk kampung, Ng Lan Heng, 53, berkata air pasang besar yang bermula kira-kira jam 5 pagi semalam telah menyebabka­n kawasan perkaranga­n rumahnya dinaiki air.

“Air pasang besar hari ini (semalam) telah naik ke pekarangan rumah sehingga paras buku lali...air itu turut menyebabka­n tebing sungai terhakis.

“Kami bimbang jika air naik lebih tinggi esok (hari ini). Jadi sekarang kami telah kemas barang penting dan barangan elektrik juga kami telah letakkan di tempat tinggi,” katanya.

Sementara itu, di Sabak Bernam, penduduk tempatan mendakwa ban yang tidak diselengga­ra dengan betul menyebabka­n berlaku banjir di beberapa kampung di daerah tersebut.

Mohd Nor Isa Othman, 55, dari Kampung Sungai Tengar berkata, ban di kampung berkenaan yang rosak kirakira empat tahun lepas pernah dibaiki Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun ia rosak kembali beberapa bulan kemudian.

“Saya harap JPS akan gunakan bahan yang lebih kukuh untuk membina ban di sini, bukan hanya menggu- nakan tanah,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ayer Tawar.

Seorang lagi penduduk yang ditemui di pusat itu, Nor Asmah Ahmad Keliwon, 47, pula berkata kebiasaann­ya fenomena air pasang besar tidak menyebabka­n banjir teruk di kawasan rumahnya, namun pada tahun ini, beliau terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sebanyak dua kali. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BENTENG: Tham, (kiri) menunjukka­n tong minyak terpakai yang digunakan sebagai benteng bagi menghalang limpahan air laut memasuki kawasan rumah akibat fenomena air laut pasang besar semalam.
— Gambar Bernama BENTENG: Tham, (kiri) menunjukka­n tong minyak terpakai yang digunakan sebagai benteng bagi menghalang limpahan air laut memasuki kawasan rumah akibat fenomena air laut pasang besar semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANJIR: Penduduk kampung cuba menyelamat­kan motosikaln­ya selepas rumahnya dinaiki air akibat fenomena air pasang besar di Kampung Batu 5, Jalan Kapar, semalam.
— Gambar Bernama BANJIR: Penduduk kampung cuba menyelamat­kan motosikaln­ya selepas rumahnya dinaiki air akibat fenomena air pasang besar di Kampung Batu 5, Jalan Kapar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia