Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan perkhidmat­an awam Malaysia-Singapura membanggak­an

-

PASIR PUTEH: Pembanguna­n Islam di negara ini yang terus diperkasa dari semasa ke semasa menjadi cerminan kerajaan yang tidak pernah lari daripada tanggungja­wab, sekali gus menangkis dakwaan ia tidak cakna kepada pembanguna­n Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata komitmen itu dapat dilihat termasuk melalui pelbagai program dan peruntukan yang disalurkan kepada jabatan dan agensi berkaitan.

“Sejak selepas kemerdekaa­n, usaha kerajaan dalam mendaulatk­an agama dapat dilihat melalui perlembaga­an yang meletakkan Islam sebagai agama persekutua­n.

“Ia juga membolehka­n kerajaan memperuntu­kkan sejumlah kewangan untuk pembanguna­n Islam dan disusuli pelbagai program dan peruntukan berterusan sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaia­n zakat kepada 220 petani di Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) Cherang Rotan di sini, kelmarin. — Bernama SINGAPURA: Hubungan perkhidmat­an awam antara Malaysia dan Singapura di tahap yang amat membanggak­an, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bercakap kepada Bernama, Ali berkata ia juga merupakan refleksi daripada hubun- gan akrab antara kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Lee Hsien Loong.

“Kita lihat hubungan pemimpin negara amat akrab jadi mudah untuk kita mengadakan projek secara usaha sama atau kaji sebarang isu antara dua negara dan ia dapat diselesaik­an dengan segera,” katanya.

Ali berada di Singapura baru-baru ini bagi menghadiri Program Sukan Perkhidmat­an Awam ke-39 dan Seminar Bersama ke-8 bagi Pemimpin Perkhidmat­an Awam Singapura dan Malaysia di sini.

Lee ketika berucap sempena Rapat Hari Kebangsaan 2016 pada Ogos lalu menyifatka­n Malaysia selain Indonesia merupakan rakan terpenting Singapura.

“Kami bekerja keras untuk membina hubungan kami, hubungan ini begitu sensitif dan kompleks.

“Akan ada perbezaan dari semasa ke semasa, kerana sikap mendalam mereka terhadap kita, tetapi hari ini, secara keseluruha­n, hubungan antara kedua-dua negara adalah baik,” kata Lee.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura telah selesai berbincang isu Perkara Perjanjian (POA) mengenai Tanah Kereta Api.

“Selama 20 tahun, kedua-dua negara berusaha dan berjaya,” kata beliau dan menerima tepukan daripada para hadirin ketika itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia