Utusan Borneo (Sarawak)

SELUDUP ROKOK TUMPAS

PGA Sarawak catat rampasan terbesar tahun ini, dua lelaki turut ditahan selepas cuba beri suapan.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya menumpaska­n kegiatan penyeludup­an rokok terbesar tahun ini membabitka­n nilai rampasan hampir RM500,000 dalam dua serbuan berasingan, kelmarin.

Komander Briged PGA Sarawak SAC Khaw Kok Chin berkata, sebanyak 18,000 karton rokok pelbagai jenama dirampas dalam serbuan tersebut yang dilakukan sekitar jam 4 petang hingga 10 malam Isnin lepas.

Menurutnya, dua lelaki tempatan berusia 40 dan 62 tahun ditahan di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas cuba memberi suapan.

“Serbuan pertama iaitu di sebuah bangunan kedai di Batu 11 berjaya merampas 10,850 karton rokok berjenama premium yang dianggarka­n bernilai RM325,500 (sebelum cukai).

“Manakala dalam serbuan kedua iaitu di sebuah rumah di Taman Stella 2 berjaya merampas 7,150 karton rokok putih dianggarka­n bernilai RM156,000 (sebelum cukai).

“Semasa serbuan dilakukan, anggota kita juga telah didatangi dua lelaki tempatan yang cuba memberi suapan sebanyak RM15,000 menyebabka­n kedua-duanya ditahan di bawah Akta SPRM,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PGA di sini, pagi semalam.

Beliau menambah kesemua rokok tersebut kemudian dirampas di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan akan diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan selanjutny­a.

Selain itu, Khaw pada sidang media itu turut memberitah­u pihaknya telah melakukan risikan dan pemantauan ke atas kedua-dua lokasi tersebut sejak sebulan lalu sebelum operasi penguatkua­saan dibuat.

“Siasatan awal mendapati rokok-rokok ini diseludup masuk ke negeri ini menggunaka­n laluan laut sebelah utara negeri dan kemudian dibawa ke sini (Kuching) untuk dijual di sekitar sini termasuk Lundu, Bau dan Serian.

“Operasi ini juga merupakan kejayaan terbesar yang melibatkan rampasan rokok oleh PGA Briged Sarawak untuk tahun ini,” katanya.

Tambahnya, turut menyertai operasi tersebut ialah anggota dan pegawai SPRM Putrajaya.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dan pihak kami amat mengalualu­kan maklumat daripada masyarakat bagi sama-sama membantera­s kegiatan penyeludup­an,” kata Khaw.

 ??  ?? DIRAMPAS: Khaw (kanan) bersama pegawai PGA menunjukka­n rokok yang dirampas semasa operasi tersebut. KEJAYAAN BESAR: Khaw (dua kiri) bercakap pada sidang media semalam.
DIRAMPAS: Khaw (kanan) bersama pegawai PGA menunjukka­n rokok yang dirampas semasa operasi tersebut. KEJAYAAN BESAR: Khaw (dua kiri) bercakap pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia