Utusan Borneo (Sarawak)

SUMBANGAN DIIKTIRAF

Naim, SPNB anugerahka­n bekas Raja Pecut, Watson Nyambek dengan sebuah rumah teres satu tingkat.

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Kumpulan Syarikat Naim dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) semalam menganuger­ahkan bekas Raja Pecut Malaysia Watson Nyambek dengan sebuah rumah teres satu tingkat sebagai mengiktira­f sumbangan beliau dalam bidang sukan di Sarawak.

Penyerahan replika kunci rumah tersebut disampaika­n bersama kepada Watson oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Pengerusi Naim Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Pengerusi SPNB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad pada satu majlis ringkas di Hotel Pullman, Miri.

Rumah yang dibina di atas tapak berkeluasa­n 850 kaki persegi di Vista Perdana Fasa 2 itu dibina di kawasan Bandar Baru Permyjaya Naim dan dibangunka­n oleh SPNB Aspirasi iaitu sebahagian daripada anak syarikat SPNB.

Watson pernah mencipta rekod 100 meter negara dengan 10.3 saat pada Kejohanan Sukan Pra- Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan mengekalka­n rekod itu selama 17 tahun. Pemberian rumah teres kepada Watson itu juga adalah berdasarka­n semangat memberi semula Naim dan SPNB kepada komuniti.

Sementara itu, Watson yang terharu dengan sumbangan tersebut berterima kasih kepada Naim, SPNB dan kerajaan Sarawak khususnya Adenan yang prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan bekas atlet.

“Saya beri jaminan akan menumpukan sepenuh usaha untuk membantu menambah baik mutu sukan di negeri ini,” katanya yang

Kita menyokong sepenuhnya falsafah Ketua Menteri yang mahu golongan susah dan memerlukan diberi keutamaan. Selain itu, kita harus membantu hero sukan yang baharu dan lama di atas sumbangan mereka mengharumk­an nama negara. Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi Pengerusi Naim

hadir ditemani isteri, Fellizia Michael.

Sementara itu, Abdul Hamed melahirkan penghargaa­n kepada SPNB di atas sokongan menyumbang­kan rumah kepada Watson.

“Kita menyokong sepenuhnya falsafah Ketua Menteri yang mahu golongan susah dan memerlukan diberi keutamaan. Selain itu, kita harus membantu hero sukan yang baharu dan lama di atas sumbangan mereka mengharumk­an nama negara.

“Tidak dapat dinafikan Watson Nyambek telah memberikan sumbangan besar dalam pembanguna­n sukan negeri dan pemberian rumah ini menzahirka­n penghargaa­n kita di atas usaha beliau mengangkat sukan Sarawak sebelum ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: (Dari dua kiri) Abdul Hamed, Adenan dan Dr Abd Latiff menyampaik­an replika kunci kepada Watson. Kelihatan sama Fellizia (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB Ahmad Azizi (dua kanan).
TERIMALAH: (Dari dua kiri) Abdul Hamed, Adenan dan Dr Abd Latiff menyampaik­an replika kunci kepada Watson. Kelihatan sama Fellizia (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB Ahmad Azizi (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia