Utusan Borneo (Sarawak)

IM S’WAK RAI PESERTA KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH PRIBUMI

-

BAGI meraikan penutupan Kejohanan Sukan Sekolah Pribumi Sarawak 2016, iM Sarawak membawa para peserta dan guru menonton wayang.

iM Sarawak menjadi penaja acara anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak itu sejak 2012 lagi.

“iM Sarawak berasa bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara sukan ini.

“Sukan merupakan salah satu bidang yang diberi penekanan oleh iM Sarawak, bukan sahaja ia dapat menyatupad­ukan seluruh masyarakat berbilang kaum di negeri ini, bahkan juga mengajak masyarakat untuk terus berada di landasan yang betul ke arah kehidupan yang lebih baik,” kata Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak Datuk Joseph Salang Gandum.

Jelas Joseph, acara sukan seumpama itu dapat menjadi platform penting kepada pelajar untuk mempamer bakat bersukan yang mereka miliki sekali gus mencipta peluang untuk terus mara

“Antaranya ialah penerjun negara Pandelela Rinong yang baharu sahaja memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik baru-baru ini. Ini juga merupakan harapan saya untuk melihat lebih ramai pelajar dari pelbagai jenis sukan dapat mencipta sejarah kejayaan mereka sendiri. Kepada peserta, ‘Mansang Sarawak’,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? dalam bidang sukan.
“Telah ramai anak Sarawak yang berjaya mencapai impian mereka mewakili negara dalam pelbagai acara sukan. TAHNIAH: Pengarah Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Dr Mehander Singh Nahar Singh (kanan) dan Pengarah Jabatan Pendidikan...
dalam bidang sukan. “Telah ramai anak Sarawak yang berjaya mencapai impian mereka mewakili negara dalam pelbagai acara sukan. TAHNIAH: Pengarah Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Dr Mehander Singh Nahar Singh (kanan) dan Pengarah Jabatan Pendidikan...
 ??  ?? KENANGAN: Pemenang keseluruha­n Kejohanan Sukan Sekolah Pribumi Sarawak 2016 bergambar kenangan.
KENANGAN: Pemenang keseluruha­n Kejohanan Sukan Sekolah Pribumi Sarawak 2016 bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia