Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI MAUT KERETA TERBABAS KE PARIT

-

SIBU: Seorang lelaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sibu selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Lorong Ulu Sungai Merah di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi, mangsa dikenali sebagai Lau Hin Chu, 55, dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah tidak jauh dari lokasi kejadian apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 pagi bergegas ke lokasi untuk cuba menyelamat­kan mangsa.

Setiba di lokasi pada jam 1.27 pagi, pasukan bomba mendapati mangsa masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasukan penyelamat terpaksa memecahkan cermin kereta untuk mengeluark­an mangsa yang kemudian diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Sibu.

Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan kendiri itu dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala balik ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ.

Kereta mangsa didapati remuk pada bahagian hadapan.

Pihak polis kemudian dimaklumka­n mangsa telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sibu.

Kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis trafik Sibu.

 ??  ?? MAUT: Anggota bomba mengusung mayat mangsa keluar dari keretanya.
MAUT: Anggota bomba mengusung mayat mangsa keluar dari keretanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia