Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert Gegar Vaganza 3 pertama imbau memori

- Oleh Diana Kassim

KONSERT minggu pertama Gegar Vaganza (GV) musim ketiga yang bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad lepas dilihat berjaya mengimbau kembali populariti yang pernah dikecapi oleh 12 penyanyi yang akan berentap di atas pentas itu kali ini.

Selain itu, persembaha­n mantap daripada 12 bintang yang kembali menyengat itu turut mendapat sorakan gemuruh para penonton di auditorium.

Konsert pada malam itu menyaksika­n Ameng Spring menyanyika­n lagu ‘Sejiwa’, G-Mie Screen (‘Tak Suka Tak

Apa’), Razis Ismail (‘Kepulangan’), Rem (‘Semua Orang Tahu’), Shidi Data (‘Permaisuri’), Zarul Umbrella (‘Ramalanku Benar Belaka’), Nora (‘Di Persimpang­an Dilema’), Intan Sarafina (‘Kembali’), Zur Eda (‘Lama Tak Jumpa’), Azharina (‘Elegi Sepi’), Siti Sarah (‘Jangan Kau Mimpi’) dan Elly Mazlein (‘Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’).

Konsert minggu pertama menyaksika­n Siti Sarah memenangi Lagu Throwback Paling Menyengat melalui lagu hitsnya ‘Jangan Kau Mimpi’.

Konsert dibuka dengan persembaha­n oleh juara Gegar Vaganza musim kedua Siti Nordiana bersama pemenang tempat kedua dan ketiga Faradhiya dan Ezad Lazim di mana mereka bertiga bergilir-gilir menyanyika­n lagu-lagu popular 12 peserta GV musim ini semasa memperkena­lkan mereka kepada penonton.

Tiada penyingkir­an pada konsert minggu pertama ini.

Untuk konsert minggu kedua pada Ahad ini (23 Oktober 2016), 12 peserta GV3 akan menyanyika­n lagu tugasan yang diumumkan pada penghujung konsert iaitu

Ameng (‘Epilog Cinta Dari Bromley’ - Suhaimi Mior Hassan), Azharina (‘Sinaran’ - Shiela Majid), Elly Mazlien (‘Berpisah Jua’ - Ziana Zain), G-mie (‘Januari’ - Glenn Friedly), Intan Sarafina (‘Pudar’ - Rossa), Nora (‘Setelah Aku Kau Miliki’ - Shima), Rem (‘Suratan Atau Kebetulan’ - Keny, Remy & Martin), Razis Ismail (‘Bunga Pujaan’ - Jamal Abdillah), Shidi (Meneka Dalam Kesamaran’ - Ibnor Reza), Siti Sarah (‘Teratai Layu Di Tasik Madu’ - Fauziah Latif), Zarul (‘Untukmu Selamanya’ - Visa) dan Zur Eda (‘Berpaut Di Dahan Cinta’ - Dayang Ku Intan).

Sementara itu, hos GV3 iaitu Jihan Musa dan Nabil Ahmad akan menyanyika­n lagu ‘Apa Lagi Nak Di Kata’ (XPDC) pada konsert kedua ini.

Program terbitan Astro musim baharu ini mengekalka­n pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai pengkritik tetap manakala pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam tampil sebagai juri jemputan pada konsert minggu pertama.

Siaran langsung konsert mingguan Gegar Vaganza 3 bersiaran dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam selama lapan minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123).

Sama seperti musim yang lalu, nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarka­n sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n para peserta berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirk­an. Juara Gegar Vaganza 3 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah sampingan.

 ??  ??
 ??  ?? AMENG SPRING
AMENG SPRING
 ??  ?? ZUR EDA RAZIS ISMAIL
ZUR EDA RAZIS ISMAIL
 ?? — Gambar Astro ?? IMBAU MEMORI: Rem menyanyika­n ‘Semua Orang Tahu’ iaitu lagu yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu di konsert pertama GV3 pada malam Ahad lepas.
— Gambar Astro IMBAU MEMORI: Rem menyanyika­n ‘Semua Orang Tahu’ iaitu lagu yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu di konsert pertama GV3 pada malam Ahad lepas.
 ??  ?? ZARUL UMBRELLA
ZARUL UMBRELLA
 ??  ??
 ?? — Gambar Astro ?? PALING MENYENGAT: Konsert minggu pertama menyaksika­n Siti Sarah memenangi Lagu Throwback Paling Menyengat dengan lagu ‘Jangan Kau Mimpi’.
— Gambar Astro PALING MENYENGAT: Konsert minggu pertama menyaksika­n Siti Sarah memenangi Lagu Throwback Paling Menyengat dengan lagu ‘Jangan Kau Mimpi’.
 ?? — Gambar Astro ?? LUCU: Gandingan Jihan dan Nabil sebagai hos GV3 sekali lagi nyata tidak mengecewak­an.
— Gambar Astro LUCU: Gandingan Jihan dan Nabil sebagai hos GV3 sekali lagi nyata tidak mengecewak­an.
 ??  ?? GMIE SCREEN
GMIE SCREEN
 ??  ?? SHIDI
SHIDI
 ??  ?? INTAN SARAFINA
INTAN SARAFINA
 ??  ?? ELLY MAZLEIN
ELLY MAZLEIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia