Utusan Borneo (Sarawak)

SIMBC DIJANGKA LEBIH SENGIT

Penganjur sasar 250 sehingga 300 pelumba tempatan, luar negara bakal bersaing

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurk­an Sarawak Energy Internatio­nal Mountain Bike Challenge (SIMBC) 2016 bermula pada 4 hingga 6 November depan di kaki Bukit Siol, Jalan Samariang di sini.

Berbeza tahun sebelumnya, acara tahunan itu dijangka lebih sengit dan mencabar kali ini dengan penyertaan ramai pelumba dari luar negara selepas dinaik taraf sebagai perlumbaan berbasikal bukit bertaraf antarabang­sa.

Ahli Suruhanjay­a DBKU, Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata SIMBC 2016 menawarkan hadiah berjumlah keseluruha­n RM78,905 kepada pemenang.

“Kita menyasarka­n seramai 250 sehingga 300 pelumba tempatan termasuk dari luar negara antaranya Jepun, Singapura, Brunei, Thailand, Timor Leste, Filipina dan Kazakhstan bersaing pada kejohanan ini.

“Ia mempertand­ingkan tiga kategori iaitu ‘Downhill’ (DH), ‘Cross Country’ (XCO) dan ‘Team Relay’ (XCR). Perlumbaan ini juga dianjurkan mengikut peraturan ‘Union Cycliste Internatio­nale’ (UCI),” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Irwan, Sarawak mencatat sejarah tersendiri selepas perlumbaan tersebut disenaraik­an dalam kalendar antarabang­sa UCI.

Jelasnya, ini satu kejayaan yang amat besar untuk Sarawak kerana berjaya menjadikan acara tahunan itu bertaraf dunia.

“Selain menjadi acara berbasikal bukit antarabang­sa, SIMBC juga diberi penghormat­an oleh UCI untuk menganjurk­an Junior XCO World Series yang dianjurkan serata dunia seperti di Eropah, Australia, Afrika, Amerika Syarikat dan Asia,” tambahnya.

Sementara itu, syarikat korporat Sarawak Energy Berhad melahirkan rasa bangga kerana dapat bekerjasam­a dengan DBKU menganjurk­an perlumbaan itu untuk tahun keduanya.

Ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Sarawak Energy, Datuk Torstein Dale Sjotveit dalam teks ucapannya dibaca oleh Ketua Bahagian Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Sarawak Energy, Jiwari Abdullah.

“Kita mendapati aktiviti ‘ mountain bike’ semakin mendapat tempat sebagai sukan mencabar di Kuching dan minat terhadapny­a kian meningkat setiap tahun.

“Kita juga amat gembira apabila mengetahui pada tahun ini perlumbaan ini menggabung­kan ‘Asia Mountain Bike Series’ yang turut menarik minat pelumba antarabang­sa dari Jepun, Singapura Timor Leste dan beberapa negara lain.

“Dengan sokongan ini, kami berharap perlumbaan ini dapat mencapai objektif dalam mewujudkan gaya hidup sihat selain mempromosi­kan lebih banyak perlumbaan basikal bukit di bawah UCI rantau Asia untuk membolehka­n pelumba mengutip mata Olimpik,” katanya.

Menurutnya, melalui penyertaan dalam perlumbaan tersebut, Sarawak Energy berharap dapat mengukuhka­n hubungan antara pelumbapel­umba tempatan dan antarabang­sa.

Hadir sama Ketua Timbalan Pengarah DBKU, Jumaini Haili.

Kita menyasarka­n seramai 250 sehingga 300 pelumba tempatan termasuk dari luar negara antaranya Jepun, Singapura, Brunei, Thailand, Timor Leste, Filipina dan Kazakhstan bersaing pada kejohanan ini. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie Ahli Suruhanjay­a DBKU

 ??  ??
 ??  ?? BERTARAF DUNIA: Irwan (tiga kanan), Jiwari (dua kiri) dan Jumaini (dua kanan) bersama yang lain menunjukka­n banting SIMBC 2016 pada sidang media di Kuching semalam.
BERTARAF DUNIA: Irwan (tiga kanan), Jiwari (dua kiri) dan Jumaini (dua kanan) bersama yang lain menunjukka­n banting SIMBC 2016 pada sidang media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia