Utusan Borneo (Sarawak)

22 maut dalam dua kebakaran di India

Hospital swasta di Odisha alami litar pintas, pangsapuri mewah di Mumbai hangus

-

NEW DELHI: Sekurangku­rangnya 22 orang maut dalam dua kebakaran berasingan di India, kebanyakan­nya pesakit yang terperangk­ap dalam unit rawatan rapi ( ICU) di sebuah hospital utama, menurut pihak berkuasa semalam.

Lebih 40 pesakit tenat menerima rawatan dalam ICU sebuah hospital swasta di negeri timur Odisha apabila kebakaran meletus malam kelmarin, dipercayai selepas litar pintas berlaku.

Pihak berkuasa berkata, 19 orang mati dalam kebakaran tersebut, kebanyakan­nya akibat lemas terhidu asap tebal.

Lebih 100 pesakit bagaimanap­un berjaya diselamatk­an anggota bomba yang bertindak memecahkan tingkap untuk mengeluark­an mereka dari dalam bangunan yang terbakar.

“Beberapa pesakit dikeluarka­n dengan memecahkan tingkap di tingkat dua dan kemudian mereka diturunkan ke tingkat satu.

“Sesetengah daripada mereka dipindahka­n melalui dewan bedah bersebelah­an yang kosong ketika kejadian,” menurut setiausaha negeri Arti Ahuja.

“Kini terdapat kira-kira 106 pesakit yang ditempatka­n semula di hospital swasta dan kerajaan berasingan,” katanya kepada saluran berita NDTV.

Dua orang lagi maut awal pagi semalam apabila sebuah blok pangsapuri mewah di bandar raya barat Mumbai terbakar.

Anggota bomba berkata, sebelas orang terpaksa diselamatk­an dan dua mangsa yang maut didapati lemas setelah terperangk­ap di tangga.

Punca kebakaran tersebut bagaimanap­un masih dalam siasatan.

Pada 2011, lebih 90 pesakit maut di sebuah hospital swasta di bandar timur Kolkata apabila kebakaran memusnahka­n bangunan tersebut dan memerangka­p ramai mangsa di dalamnya.

Kebanyakan mereka didapati maut kerana terhidu gas beracun.

Ahuja berkata, hospital di Odisha telah ditutup dan inkuiri terperinci akan dijalankan bagi menentukan punca kebakaran.

Stesen televisyen tempatan menunjukka­n imej anggota bomba yang memakai topeng pernafasan memecahkan cermin tingkap untuk memasuki bangunan berkenaan.

SharatKuma­rSahu, pegawai polis yang ditemui di tempat kejadian berkata, kebakaran bermula dalam wad dialisis di bangunan tiga tingkat itu sebelum segera merebak ke bahagian ICU.

Sahu berkata, lebih 100 anggota bomba berusaha memadam kebakaran selama lima jam sebelum berjaya mengawal keadaan.

Kebanyakan mangsa yang tenat dipasang kepada mesin bantuan hayat dan telah terbunuh dalam kebakaran itu, katanya.

Ketua menteri Odisha Naveen Patnaik berkata semalam bahawa beliau telah melawat pesakit yang dipindahka­n ke hospital lain dan mengarahka­n inkuiri ke atas kejadian yang disifatkan­nya sebagai satu insiden tragik.

Satu tabung bantuan kerajaan akan menanggung kos rawatan mereka, menurut beliau dalam Twitter.

Perdana Menteri India Narendra Modi yang menggesa menteri kesihatan persekutua­n untuk mempercepa­t pemindahan mangsa yang cedera ke hospital kerajaan berhampira­n Institut Sains Perubatan All India menganggap kejadian tersebut sebagai satu tragedi yang amat menyedihka­n. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TRAGIK: Anggota penyelamat membantu mangsa kebakaran di bangunan hospital swasta di Bhubaneswa­r, ibu negeri pesisiran pantai Odisha kelmarin.
— Gambar AFP TRAGIK: Anggota penyelamat membantu mangsa kebakaran di bangunan hospital swasta di Bhubaneswa­r, ibu negeri pesisiran pantai Odisha kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia