Utusan Borneo (Sarawak)

24 rumah terjejas banjir di Kpg Bako Hulu

Projek naik taraf pintu air belum siap, diburukkan lagi oleh fenomena air pasang besar

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pelaksanaa­n projek menaik taraf pintu air yang belum siap dan pada masa sama air pasang besar setinggi 6.4 meter pada petang semalam menyebabka­n 24 rumah yang terletak di kawasan rendah di Kampung Bako Hulu dekat sini dilanda banjir teruk.

Lebih teruk lagi, kesemua rumah terbabit dinaiki air dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang disebabkan oleh fenomena tersebut yang mula melanda sejak petang kelmarin.

Menurut seorang penduduk dikenali Man Joni, 53, hampir kesemua rumah terbabit dinaiki air setinggi lebih dua kaki menyebabka­n rata-rata penduduk terjejas mengalami kerugian harta benda.

“Semua rumah ini banjir sejak air pasang besar bermula semalam (kelmarin) dan ia berlaku lagi hari ini (semalam) dan mungkin esok (hari ini).

“Selain air pasang besar, punca banjir ini adalah disebabkan oleh kerja menaik taraf pintu air yang masih belum siap di mana ia menjadi benteng bagi melindungi rumah-rumah terbabit selama ini daripada dinaiki air semasa air pasang,” katanya ketika ditemu bual.

Semasa tinjauan di Kampung Bako Hulu semalam, turut berada di lokasi ialah seramai lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) yang diketuai Ketua Zon 1 Bomba Sarawak Tiong Ling Hii, termasuk tiga anggota bomba sukarela bagi memantau keadaan dan membantu penduduk terjejas.

“Kami berada di sini sejak jam 4 petang bagi membuat pemantauan ke atas rumah-rumah terjejas dan jika perlu, kami akan membantu memindahka­n mereka ke pusat pemindahan di SK Bako,” kata Tiong.

Manakala ADUN Demak Laut Dr Hazland Hipni yang turut melawat kawasan terjejas pada sekitar jam 6 petang semalam berkata, keadaan yang berlaku adalah di luar jangkaan di mana air pasang besar melanda ketika kerja menaik taraf pintu air sedang dilaksanak­an.

“Disebabkan air pasang besar maka keadaan menjadi lebih serius,” katanya sambil menasihati penduduk terjejas agar sentiasa menjaga keselamata­n khususnya anak-anak ketika banjir dan menyelamat­kan harta benda yang berharga.

Menurut Hazland, pintu air tersebut telah dirobohkan sejak dua bulan lepas untuk dinaik taraf dan dijadual siap pada November ini, dengan kos RM100,000.

Selain air pasang besar, punca banjir ini adalah disebabkan oleh kerja menaik taraf pintu air yang masih belum siap di mana ia menjadi benteng bagi melindungi rumah-rumah terbabit selama ini daripada dinaiki air semasa air pasang. Man Joni Penduduk

 ??  ?? TINJAU: Hazland (tiga kanan) dan Tiong melihat pintu air di Kampung Bako Hulu yang sedang dinaik taraf, menyebabka­n rumah-rumah yang terletak di kawasan rendah kampung berkenaan banjir apabila dilanda fenomena air pasang besar sejak kelmarin.
TINJAU: Hazland (tiga kanan) dan Tiong melihat pintu air di Kampung Bako Hulu yang sedang dinaik taraf, menyebabka­n rumah-rumah yang terletak di kawasan rendah kampung berkenaan banjir apabila dilanda fenomena air pasang besar sejak kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia