Utusan Borneo (Sarawak)

Mato terima sumbangan katil khas daripada SPDP Bintulu

-

BINTULU: Pusat Perkhidmat­an Wakil Rakyat Ahli Parlimen Bintulu dan Unit Bergerak Penyayang Parti Demokratik Progresif Sarawak ( SPDP) Bintulu mengunjung­i kediaman salah seorang kakitangan pusat perkhidmat­an itu, Corina Mato bagi menyampaik­an sumbangan berupa seunit katil khas kepada ayahnya, Mato Jok yang terlantar sakit akibat angin ahmar.

Sumbangan katil khas itu bagi memudahkan ahli keluargany­a menguruska­n Mato berbanding katil biasa yang digunakann­ya sebelum ini.

Adalah difahamkan beliau buat masa sekarang bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk bergerak termasuk ke bilik air, makan, minum dan sebagainya dengan bantuan isteri dan anakanakny­a.

Menurut isterinya, Luhong Silek, 46, suaminya terlantar sakit akibat angin ahmar sejak setahun lalu dan dibawa ke Poliklinik Bintulu bagi mendapatka­n rawatan susulan setiap dua minggu bagi tujuan menukar tiub kencing dan rawatan.

“Pada 25 September lalu, suami saya terpaksa dirawat di Hospital Bintulu ekoran jangkitan kuman di bahagian paru-paru dan pernah dirujuk ke Hospital Umum Miri bagi menjalani ujian imbasan otak,” ujarnya.

Jelasnya, sebelum menghidap angin ahmar suaminya mengalami sakit hati pada 2011 kemudianny­a mendapatka­n rawatan di Hospital Columbia Asia Bintulu namun dinasihatk­an mendapatka­n rawatan di Hospital Bintulu ekoran kos rawatan tinggi selain dikhuatiri boleh dijangkiti penyakit lain.

Luhong melahirkan penghargaa­n kepada SPDP Bintulu kerana sudi menghulurk­an bantuan kepada suaminya bagi memudahkan beliau dan keluarga menjaga suaminya terlantar sakit itu.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Ahli-ahli Pusat Perkhidmat­an Wakil Rakyat Ahli Parlimen Bintulu dan Unit Bergerak Penyayang SPDP Bintulu bersama Mato dan ahli keluargany­a.
RINGANKAN BEBAN: Ahli-ahli Pusat Perkhidmat­an Wakil Rakyat Ahli Parlimen Bintulu dan Unit Bergerak Penyayang SPDP Bintulu bersama Mato dan ahli keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia