Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberi pinjaman wang tanpa lesen mengaku tidak bersalah langgar akta

-

SIBU: Seorang pemberi pinjaman wang tanpa lesen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan melanggar Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Leow Fatt Hin, 27, dari Sabah membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Caroline Bee Majanil, yang kemudian menetapkan 8 November ini bagi tarikh awal pengurusan kes.

Sementara menunggu tarikh tersebut, Leow dibe- narkan bebas dengan ikat jamin lanjut iaitu RM8,000 dengan dua orang penjamin, selain wang cagaran sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Leow didakwa menjalanka­n aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen yang sah kepada seorang peminjam berjumlah RM3,750 di Jalan Ling Kai Cheng pada awal Jun lepas.

Sementara bagi pertuduhan kedua, Leow didakwa melakukan kesalahan sama dengan memberi pinjaman wang berjumlah RM750 kepada seorang lagi peminjam di Jalan Sukun pada awal Ogos lepas.

Leow bagi kedua- dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 5(2), Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta, atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia