Utusan Borneo (Sarawak)

SIP bakal jadi tunjang ekonomi Sarawak

Aspek infrastruk­tur turut diambil berat untuk sedia kemudahan kepada tenaga kerja

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Taman Perindustr­ian Samalaju ( SIP) iaitu lokasi pelaksanaa­n projek Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak ( SCORE) bakal menjadi kekuatan utama ekonomi Sarawak pada masa hadapan.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata projek SCORE di Wilayah Tengah Sarawak sememangny­a projek mega kerajaan negeri dalam usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan pelbagai sektor perindustr­ian sekali gus meningkatk­an pendapatan per kapita rakyat.

“SCORE merupakan langkah bijak kerajaan Sarawak untuk membantu meningkatk­an tahap sosioekono­mi penduduk sekali gus menjadikan­nya sebuah projek sumber bahan mentah dan tenaga yang menghasilk­an produk industri berdaya saing serta mempunyai permintaan luas di pasaran tempatan dan global,” ujarnya pada Majlis Perasmian Samalaju Resort Hotel di sini, semalam.

Jelasnya, adalah impian utama kerajaan negeri untuk menjadikan SIP sebagai sebuah hab perindustr­ian terbesar di negeri ini, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi kepada penduduk setempat.

Dengan wujudnya syarikat atau loji perindustr­ian bertaraf antarabang­sa di SIP secara tidak langsung menarik minat pelabur tempatan dan asing melabur di kawasan perindustr­ian terbabit.” Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

Buat masa sekarang, katanya, terdapat lima kilang perindustr­ian sudah beroperasi di SIP iaitu Tokuyama, Press Metal, Pertama Ferroalloy­s, OM Materials ( Sarawak), Sakura Ferroalloy­s dan Samalaju Port.

“Dengan wujudnya sya- rikat atau loji perindustr­ian bertaraf antarabang­sa di SIP secara tidak langsung menarik minat pelabur tempatan dan asing melabur di kawasan perindustr­ian terbabit. Yang terbaharu ialah Phosphate Additives Sarawak (MPAS) dalam penghasila­n makanan dan fosfat makanan halal,” ujarnya.

Bagaimanap­un, katanya, perkembang­an perindustr­ian di SIP tidak dapat berjalan dengan lancar dan mapan sekiranya aspek prasarana serta infrastruk­tur diabaikan.

Justeru, dengan pembukaan Samalaju Resort Hotel secara tidak langsung memberi kemudahan khususnya penggiat industri di SIP memerlukan tempat penginapan berhampira­n dengan lokasi mereka bekerja jika dibandingk­an tinggal di Bintulu yang men- gambil masa kira-kira satu jam perjalanan ke SIP.

“Pembinaan hotel di SIP merupakan antara langkah terawal pemaju iaitu Samalaju Properties mewujudkan Bandar Baharu Samalaju yang dimajukan secara berperingk­at-peringkat,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ismawi Ismuni, Pengarah Eksekutif Kumpulan CMS Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree dan Pengarah Urusan Kumpulan CMS Datuk Richard Curtis.

 ??  ?? RASMI: Tun Taib merasmikan Samalaju Resort Hotel sambil disaksikan tetamu lain pada majlis di Bintulu semalam.
RASMI: Tun Taib merasmikan Samalaju Resort Hotel sambil disaksikan tetamu lain pada majlis di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia