Utusan Borneo (Sarawak)

Chong persoal keengganan Parlimen jawab soalan berhubung royalti minyak

-

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Chong Chieng Jen mempersoal­kan keengganan Parlimen menjawab soalannya berhubung permintaan Sarawak terhadap royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu mendakwa, keengganan itu seolah-olah mencermink­an ia mempunyai sesuatu hendak disembunyi­kan dan Sarawak tidak akan mendapat hak tersebut selagi Barisan Nasional (BN) memegang tampuk pemerintah­an.

Selepas gembar- gembur dalam kelulusan resolusi royalti minyak 20 peratus di DUN Sarawak dan harapan diciptakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Chong mendakwa, tidak ada apa-apa hasil dikeluarka­n malah ia tidak lagi disebut dan tidak ada sesiapa lagi dibenar untuk mempersoal­kannya di Parlimen.

“Jika kerajaan Sarawak tidak dapat membuat kerajaan BN pusat tunduk kepada permintaan mudah royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus, yang mana hanya melibatkan pelarasan tadbiran mudah pada kadar, apa peluang yang kita rakyat Sarawak ada dalam kerajaan BN untuk memberi lebih banyak autonomi?” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kota Sentosa mendakwa, soalan bagi mengetahui status rundingan kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri itu ditolak oleh Speaker Dewan pada Persidanga­n Parlimen semasa dengan alasan menjejaska­n kes mahkamah yang sedang berlangsun­g.

Katanya, satu-satunya kes mahkamah mengenai royalti minyak yang sedang berjalan adalah kes antara kerajaan Kelantan ke atas Petronas dan kerajaan persekutua­n.

Beliau turut mendakwa alasan itu tidak masuk akal dan tidak berasas kerana status rundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n mengenai royalti minyak dan gas tidak mungkin akan memberi kesan atau menjejaska­n keputusan kes tersebut.

Kes itu dimulakan pada 2010 dan apabila DUN Sarawak meluluskan resolusi meminta royalti minyak dan gas pada 2014, katanya, Menteri dalam Parlimen masih menjawab pertanyaan­nya berhubung permintaan tersebut.

“Hanya kemudian apabila kerajaan Sarawak tidak dapat membuat kerajaan pusat tunduk ke atas permintaan royalti minyak dan gas 20 peratus, menteri-menteri mula enggan menjawab soalan saya,” katanya.

 ??  ?? INI DIA: Chong menunjukka­n soalan bagi mengetahui status rundingan kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri berhubung permintaan royalti minyak dan gas 20 peratus yang ditolak dalam persidanga­n Parlimen.
INI DIA: Chong menunjukka­n soalan bagi mengetahui status rundingan kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri berhubung permintaan royalti minyak dan gas 20 peratus yang ditolak dalam persidanga­n Parlimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia