Utusan Borneo (Sarawak)

Produk berasaskan kayu dieksport perlu sumber sah: Awang Tengah

-

KUCHING: Kerajaan negeri mengambil langkah ketat bagi memastikan kayu dan produk berasaskan kayu dieksport datang dari sumber yang sah.

Justeru, Menteri Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Sarawak dalam lawatan rasmi ke Jepun bermula 16 hingga 21 Oktober ini.

Semasa di Jepun, kerajaan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Perkayuan Sarawak menganjurk­an program pertama Sarawak ‘Timber Legality Verificati­on System Seminar’ di Tokyo, semalam.

Seminar yang sama akan diadakan di Osaka hari ini.

Awang Tengah dalam ucapannya berkata kerajaan negeri memandang serius mengenai peraturan yang sangat ketat mengenai produk diimport ke Jepun.

“Saya ingin memberi jaminan produk kayu yang dieksport melalui pengesahan sistem dan menepati undangunda­ng,” katanya.

Beliau memberitah­u, peserta bahawa pegawai-pegawai dari Kementeria­n Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar, Jabatan Hutan dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) akan membentang­kan empat kertas kerja dalam seminar itu.

Para penceramah yang membentang­kan kertas kerja tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar, Datu Sudarsono Osman, Timbalan Pengarah I Jabatan Perhutanan Sarawak Jack Liam, Timbalan Pengarah II Jabatan Perhutanan Sarawak Hamden Mohammad dan Timbalan Pengurus Besar SFC Zolkipli Aton.

Awang Tengah berkata, Jepun menjadi rakan perdaganga­n Sarawak sejak 1950an, justeru kekal sebagai pasaran penting bagi Sarawak untuk kayu, produk petroleum, petroleum mentah, gas asli cecair dan lada.

Beliau menjelaska­n, kera- jaan negeri mahu mengekalka­n hubungan lama itu dalam membina keyakinan dan kepercayaa­n standard dan keperluan masing-masing.

Pada 2015, eksport Sarawak ke Jepun dicatatkan pada RM2.6 bilion (AS$618 juta) yang menyumbang 39 peratus daripada jumlah pendapatan eksport Sarawak RM6.6 bilion (AS$1.6 bilion).

Beliau diiringi Menteri Muda Perancanga­n Sumber Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian ( Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi.

Turut hadir Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Pertanian Malcom Mussen Lamoh, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia ke Tokyo Hendy Assan dan Setiausaha Kehormat STA, Dato Henry Lau.

 ??  ?? AWANG TENGAH
AWANG TENGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia